Apa lagi yg perlu aku buat kalau aku berada ditempat beliau.



Md Zilaimi Kazim

1. Selepas keputusan PRU 14, Hishamudin Rais cuba gambarkan seolah2 ada orang nak sailang Tun M bila Agung tawarkan Kak Wan sbg PM sbb PKR majoriti terbesar. Katanya Agung tak tanya dan tak buka pun surat yg mengatakan PH bersetuju Tun M jd PM. Anwar masih dlm penjara tp HR cuba bayangkan Anwar cuba sailang Tun M sedangkan semua orang tahu Kak Wan tolak dr jd PM sbb berpegang pd janji.

2. Suara diratib bahawa Anwar bagi tekanan pd Tun untuk turun setelah cukup 2 tahun.

3. Wartawan kerap bertanya bila tarikh untuk tukar PM kepada Tun M dan sekali lagi Hishamudin Rais daalm tulisanya menuduh Anwar upah wartawan tanya (MK 25 July 19).

4. Sebelum mesyuarat terakhir PH (sblm lamgkah Sheraton) Azmin dan Radhi Jidin mengapikan Tun dan PPBM bahawa Anwar nak buat undi tidak percaya pd Tun M menyebabkan mesyuarat PH ketika itu tegang tetapi usaha meraka gagal bila Anwar secara serius menyerahkan kpd Tun utk tentukan bila tarikh penyerahan kuasa... spt apa yg dilapurkan oleh Syed Sadiq.

5. Selepas langkah Sheraton gagal bawa apa-apa keputusan, tiba-tiba Tun umum letak jawatan PM, Agung nasihat minta tarik balik pun Tun tetap dgn keputusan beliau. Langkah Sheraton yg gagal awalnya hidup kembali dengan sokongan dr GPS. Anwar dan PH cuba selamatkan kerajaan akhirnya gagal.

6. Tun kembali bersama PH dan berusaha utk rampas balik kerajaan dgn membuat usul undi tidak percaya kpd PM. Gagal bila sidang parlimen dipendekkan masa bersidang.

7. Tun dan PH cuba guna langkah yang sama digunakan Muhyiddin untuk bawa ke istana SD sokongan namun akhirnya buntu bila gagal memberi kata sepakat utk calon PM. Anwar tolak utk lantik Tun M jd PM dan PH bergolak.

8. Anwar diminta terima opsyen 2 yang cukup berat utk Anwar terima, bila Anwar tolak ramai rakan-rakan dalam PH kecewa.

Apakah wajar Anwar dituduh tidak sabar untuk jd PM sedangkan demi untuk selamatkan PH beliau menyerahkan Tun sendiri tetapkan tarikh penyerahan kuasa tapi akhirnya Tun sendiri letak jawatan bg menutup peluang Anwar naik jd PM. Hamba rasa keliru 🙊



No comments: