Anwar sedang bermain strategi?
Kredit: Azhar Ledang
Pandangan ana:
Anwar, bukannya bodoh. Pandangan Anwar tidak seperti kita. Beliau sedar, hanya one more step beliau akan berada dipuncak kuasa. Hanya masa yang akan menentukannya.
Kalau Anwar nak putuskan hubungan, nak tamatkan kisah siapa PM ni daripada awal dia dah putuskan. Pada hari Jumaat lepas beliau tealh beri kenyataan MENOLAK KERJASAMA DENGAN TUN, tapi beliau masih membuka sebarang perbincangan seterusnya.
Pada pandangan ana yang naif, ini menampakkan kebijaksanaan beliau dalam membuat keputusan. Kali ini, beliau yang akan lead. Kali ini beliau yang akan membuat syarat dan keputusan. Terpulang kepada beliau pula untuk mencaturkan segalanya.
Ana terfikir, kenaap beliau tidak memberi jawapan TITIK samada menerima tawaran atau menolak, segala syarat yang dicadangkan oleh Majlis Presiden pada hari Jumaat lepas…?
Kenapa beliau nak buat keputusan dalam keadaan parlimen pun x tau bila tarikh sidangnya…? Buat apa menampakkan dirinya gelojoh dalam membuat keputusan…?
Kalaupun dia buat keputusan pada Jumaat lalu, apakah politik negara akan berubah secara drastik..? Masanya x sesuai…! Ini bukannya masa untuk dia buat keputusan…! Kalaupun dia menerima tawaran menjadi PM dalam keadaan sidang parlimen belum bermula, apa yang akan berubah..??? Nothing..! Xda apapun yang berubah. Ianya cuma akan menguntungkan pihak musuh yang sedang memerhati. Membuat pihak musuh nampak percaturan yang kita tengah buat..! Mendedahkan diri kepada musuh yang boleh membuat kita terbunuh…!!!
Bak kata Hassan Ismail pun…
“Serangan yang paling berkesan adalah Serangan Hendap”.. Boleh didedahkan secara umum ke ??
Tak kira apapun keputusan Anwar nanti, kita doakan keputusan itu adalah keputusan yang menguntungkan rakyat. Apapun pandangan politik kita, hormati keputusan yang beliau buat..!
Kepada pemimpin AMANAH, teruskan usaha mengembalikan mandat rakyat. Jernihkan yang keruh, rapatkan yang renggang, leraikan yang kusut walau dicemuh dan dinista oleh kawan dan lawan. Semoga usaha ini akan mnjadikan timbangan amal kita diakhirat kelak.
Aaminnn ya robb…