‘Langkah Dorsett’ bawa PH Plus ke Putrajaya?
Mungkinkah ‘Langkah Dorsett’ gantikan ‘Langkah Sheraton’ membawa Pakatan Harapan Plus ke Putrajaya?
Portal MalaysiaGazette melaporkan satu pertemuan pemimpin PH Plus dilakukan di Hotel Grand Dorsett petang semalam.
Dakwa pembaca itu, beliau ternampak kelibat Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan juga Dr. Maszlee Malik.
Sekitar jam 2 petang mendapati beberapa buah kereta termasuk milik Anwar dan beberapa kereta lain yang tidak dapat dipastikan pemiliknya berada di perkarangan hotel, di tempat parkir joki kereta.
Selang beberapa lama kemudian, kelibat beberapa pimpinan PH seperti Gobind Singh kemudian Anwar yang kelihatan tersenyum begitu ‘lebar’ dan tampak gembira.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson merangkap Presiden PKR kelihatan ditemani oleh Fahmi Fadhil, Xavier Jayakumar, Datuk Seri Shamsul Iskandar.
Turut sama kelihatan bersama-sama Anwar ialah Khalid Samad.
Masing-masing berhenti dan kelihatan berbisik antara satu sama lain sambil menunggu kereta mereka tiba di perkarangan hotel.
Selepas itu kelihatan pemimpin utama DAP seperti Lim Guan Eng, Liew Chin Tong, Tony Pua dan juga Anthony Loke keluar.
Juga turut kelihatan ialah bekas menteri seperti Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan juga Datuk Seri Salahuddin Ayub bersama-sama beberapa pengikutnya.
Namun demikian tidak nampak pula kelibat pemimpin Bersatu termasuk Mahathir, Maszlee mahupun Syed Saddiq.
Bagaimanapun, WRLR masih lagi cuba untuk mendapatkan maklumat berhubung pertemuan ini namun sumber-sumber terus mengunci mulut ketika ini.
INI SEDIKIT SEBANYAK MAKLUMAT YANG DIBERIKAN.
KHALID ANTONY SAMSUL pernah berbincang dengan Syafie Afdal pada JUMAAT. dimana DAP dan AMANAH menyokong ANWAR sebagai PM.NAMUN Syafie menyokong Mahathir.
Mahathir tetap mahukan jawatan sebagai PM.Jika itu keputusannya kita tunggu sehingga Selasa dimana jika Anwar mendapat sokongan 115 undi, maka Agong sedia berjumpa untuk melantik.
Begitu juga dengan Mahathir, jika beliau berjaya mendapat 115 undi sokongan, maka beliau berhak untuk berjumpa Agong.
Namun, sekiranya Mahathir menjadi PM, Wan Azizaah dan DSAI tidak akan menyertai kabinet Mahathir dan sanggup menunggu sehingga 6 bulan seterusnya sebagaimana yang mungkin dipersetujui bersama.
Siapa yang selayaknya menjadi TPM dari PKR? Sudah tentulah SU Agong Saifudin Nasution mewakili PKR.
Namun semua ini adalah perancangan yang sedang di aturkan. Kita percaya akan ada perancangan lainnya untuk mendapatkan kembali mandat rakyat pada kali ini.
PH 91
BERSATU MAHATHIR 6(DR SHAHRUDDIN)
WARISAN 10
GPS 18
JIKA INI YANG DIPERSETUJUI, MAKA IANYA MENJADI KENYATAAN UNTUK MANDAT RAKYAT DIKEMBALIKAN.
BERSATU MAHATHIR 6(DR SHAHRUDDIN)
WARISAN 10
GPS 18
JIKA INI YANG DIPERSETUJUI, MAKA IANYA MENJADI KENYATAAN UNTUK MANDAT RAKYAT DIKEMBALIKAN.