Kelab CheDet Menjawab Najib Razak mengenai tulisan `Stealing Chicken'.



1. Semalam Najib menulis di FB nya untuk menajawab tulisan Tun Dr. Mahathir yang bertajuk Stealing Chicken.

2. Saya akan menjawab tulisan Najib yang penuh dengan penipuan itu. Saya akan cuba tulis seringkas yang boleh kerana risau ramai yang tak suka baca kalau panjang. Kenyataan Najib saya petik dalam Bahasa Inggeris dan jawapan saya dalam Bahasa Melayu untuk mudah nampak perbezaannya.

3. Saya akan bahagikan jawapan ini kepada dua bahagian. Bahagian pertama adalah berkenaan kes 1MDB dan Riza Aziz. Bahagian kedua adalah mengenai anak-anak Tun M dan kontrak kerajaan.

Bahagian Pertama (Kes 1MDB dan Riza Aziz)

Najib said:
As already explained by our lawyers, the US$248 million was the total sums received by the various investors for Riza's film projects out of which:

- US$107 million is settled here in Malaysia.

- US$60 million was settled with the DOJ last year which the DOJ then sent to Malaysia. (you forgot about this?)
https://www.theedgemarkets.com/…/malaysia-ag-says-us-govt-h…

- US$120 million has been repaid back to investors along with interest and dividends due to the film projects. These repayments made long ago were also referred to in the phone call recordings between me and the Crown Prince of Abu Dhabi which your own MACC political appointee head exposed to the public earlier this year.
https://www.malaysiakini.com/news/506460

4. Kenyataan Najib diatas adalah penipuan. US$248M bukanlah pelaburan yang diterima untuk filem Riza. Ianya bukan satu bentuk pelaburan. Berikut disertakan fakta mengenai US$248M:

- US$10M adalah dari Good Star Limited dimiliki oleh Jho Low. Duit ini datang dari 1MDB.

- USD$238 adalah dari Aabar BVI. Duit ini datang dari 1MDB.
Untuk justifikasi penerimaan duit ini kepada bank BSI, Riza memberikan perjanjian pinjaman untuk buat film.

- Tetapi, USD$238M ini dibelanjakan untuk pelbagai tujuan termasuk tujuan peribadi seperti berikut:-

i. US$94M untuk membeli kediaman di US dan UK.
ii. US$41M untuk tujuan berjudi
iii. US$5M untuk beli poster
iv. US$64M untuk buat film

- Dalam deklarasi cukai di US, Riza mengatakan kemasukan duit US$94M yang digunakan untuk membeli kediaman itu  adalah hadiah.

- Perhatikan, mula-mula kepada pihak bank, diberitahu ianya adalah pinjaman. kemudian kepada pihak percukaian diberitahu hadiah. Tetapi ianya bukan pelaburan seperti yang ditulis oleh Najib.

5. Riza Aziz telah membayar US$60M kepada DoJ dalam penyelesaian pelucutan hak keatas aset Red Granite. Ini adalah keatas penggunaan US$64M diatas untuk buat film yang datang dari duit 1MDB. Ini adalah penyelewengan. Sebab itu, Riza terpaksa bayar DoJ untuk amount yang hampir sama.

6. Tidak ada sebarang pembayaran balik kepada pelabur seperti yang ditulis Najib. Tidak ada pembayaran US$120M seperti yang ditulis oleh Najib. Tidak ada sebarang pelaburan terhadap pembuatan film ini dan tidak ada sebarang pembayaran balik pelaburan. Tidak ada sebarang perjanjian pelaburan untuk film ini. Kenyataan najib bahawa US$120M adalah bayaran balik pelaburan adalah penipuan.

7. Dalam perbualan antara Najib dengan Putera Abu Dhabi, Najib sebenarnya meminta untuk dibuat satu perjanjian pelaburan supaya kemasukan duit itu akan dilihat sebagai satu pelaburan dan supaya Riza boleh terlepas dari pendakwaan pelucutan hak DoJ. Tetapi perjanjian ini tidak dibuat. Sila dengar perbualan yang  didedahkan.

8. Mengapakah banyak pihak mempersoakan perjanjian penyelesaian Riza Aziz dengan kerajaan Malaysia?  Ianya adalah kerana jumlah yang perlu dipulangkan adalah lebih rendah dari jumlah penyelewengan. Saya perincikan fakta mengenainya:

- US$248M adalah jumlah penyelewengan yang melibatkan Riza Aziz.
- US$108M adalah jumlah yang perlu dipulangkan oleh Riza melalui penyelesaian yang dibuat dengan Mahkamah
-US$108M ini adalah terdiri daripada aset berikut:-
i. 3 buah kediaman di US dan UK (New York Citi, Beverly Hills dan London)
ii. Poster
iii. Cash dari Escrow account yang berjumlah US$14M.

- Sebelum itu, seperti yang ditulis diatas, Riza Aziz telah bayar kepada DoJ sebanyak US$60M dan DoJ telah berikan kepada Malaysia sebanyak US$57M.

Oleh itu Jumlah kesemuanya adalah US$108M + US$60M = US$168M.

Maklumat mengenai penyelesaian ini seperti yang diterangkan oleh AG Idris Harun boleh dibaca di sini:
https://www.theedgemarkets.com/article/riza-aziz-case-settlement-us108m-asset-forfeiture-top-red-granite-payout

9. Jumlah US$168M ini adalah jauh lebih rendah dari US$248M yang diselewengkan dari 1MDB. Ada orang suka gunakan perkataan seleweng dan ada yang suka guna perkataan curi.

10. Seleweng US$248M dan pulangkan balik US$168M. Ataupun ada yang bagi perumpamaan cuti 10 ayam dan pulangkan balik 9 ayam atau lebih rendah dari itu.

Najib: As explained many times, all 1MDB transactions where money was deemed missing was either guaranteed or paid to Abu Dhabi government-owned IPIC.

Do you deny that there was a settlement agreement between Malaysia and Abu Dhabi signed in 2017 where IPIC had agreed to return all the alleged 1MDB missing money before 30 December 2020? Do you want to view the settlement agreement? I have a fully signed and executed copy if you want to see. If the court case was not on-going, I would have posted this up by now.

11. Najib salah lagi. transaksi 1MDB bukan hanya melibatkan Aabar-BVI tetapi meibatkan bebrapa syarikat lain seperti Good Star Limited yang dimiliki oleh Jho Low.

12. Benar, perjanjian penyelesaian dibuat antara 1MDB dengan IPIC pada 2017, tetapi dalam perjanjian tersebut, tidak ada dinyatakan persetujuan untuk IPIC memulangkan semua duit 1MDB yang hilang sebelum 30 December 2020. TIdak ada.

13. Tidak ada persetujuan dari IPIC untuk pulangkan semua wang 1MDB. Kalau persetujuan ini ada, kerajaan BN pada ketika itu akan memberitahu mengenai perkara ini. Semenjak dari tarikh penyelesaian tersebut pada 2017, tidak pernah sekalipun diberitahu bahawa IPIC bersetuju untuk membayar balik duit 1MDB yang hilang.

14. Berikut disertakan berita mengenai perjanjian penyelesaian yang telah dicapai pada tahun 2017 diantara 1MDB dan IPIC.

https://www.theedgemarkets.com/article/ipic-1mdb-settlement-deal-gets-court-approval

15. Dalam perjanjain penyelesaian itu, ini yang telah dipersetujui:-

- IPIC will receive an amount of US$602.73 million (RM2.61 billion) by July 31 and a further amount of US$602.73 million by Dec 31.

- 1MDB and MoF Inc will assume liability for future interest and principal payments for two tranches of bonds totalling US$3.5 billion that were guaranteed by IPIC

Maksudnya, menerusi perjanjian itu, Malaysia (MOF) akan bayar US$1.2B kepada IPIC selewat-lewatnya 31 December 2017 dan Malaysia (MOF) akan menanggung bayaran bunga dan pokok untuk bond bernilai US$3.5B.

Dengan kata lain, sebanyak US$4.7B duit Malaysia (MOF) atau duit rakyat perlu digunakan untuk penyelesaian ini. Convertlah kepada RM, berapa banyak duit rakyat akan digunakan.

16. Jelas dalam perjanjian penyelesaian pada 2017 itu, tidak ada kenyataan bahawa IPIC akan membayar balik duit 1MDB. Kenyataan dari London Stock Exchange mengenai perjanjian penyelesaian ini disertakan di bawah.

17. Najib Razak cuba menggunakan ayat ini yang ditulis dalam perjanjian itu untuk menunjukkan bahawa IPIC akan bayar kesemua duit 1MDB: "the parties have also agreed to enter into good faith discussions in relation to payments made by 1MDB Group to certain entities."

18. Ayat diatas bukanlah bermakna IPIC akan bayar balik duit 1MDB yang hilang. ayat itu bermaksud mereka sedia berbincang mengenainya. Tidak ada sebarang persetujuan dari IPIC bahawa mereka akan bayar balik duit 1MDB. Sekiranya ianya benar, maka pengumuman mengenainya akan dibuat menerusi London Stock Exchange kerana ini akan melibatkan implikasi kewangan.

Bahagian Kedua (Anak-anak Tun M dan kontrak kerajaan)

Najib: Then was Mirzan your son when he built up Konsortium Perkapalan in the 1990s which eventually needed a bail-out from Petronas via MISC in the economic crisis of 1998?

19. Benar, Mirzan memiliki syariakt Konsortium Perkapalan Berhad dan akibat dari kegawatan ekonomi 1997, Mirzan terpaksa menjual syarikat beliau. Syarikat ini dijual dibawah harga yang sepatutnya dan Petronas melalui MISC sebenarnya mendapat keuntungan daripada pembelian ini. Ini bukanlah bail out kerana Mirzan tetap rugi dengan penjualan ini dan syarikat yang beli mendapat keuntungan. Syarikat Mirzan ini tidak pernah mendapat kontrak kerajaan. Sila buktikan sekiranya syarikat Mirzan pernah dapat kontrak kerajaan seperti yang dicabar oleh Tun M.

Najib: Was Mohzani your son in 1997 and where you the PM in 1997 when he became the largest shareholder of the Hospital Pantai group after buying it from the Vincent Tan controlled Berjaya group?
http://lib.perdana.org.my/…/mokhzani%20mahpital%20pantai.pdf

Subsequently, the FOMEMA concessions and the government hospitals supplies contract was awarded to that group while you were still PM.

20. Ye benar, Mokhzani merupakan pemegang saham Pantai Holdings yang besar pada tahun 1997. Tidak ada masalah dalam hal ini. Sesiapa boleh beli saham dalam mana-mana syarikat dan menguasai syarikat tersebut.

21. FOMEMA mendapat concession adalah pada September 1997 tetapi pada ketika FOMEMA mendapat kontrak tersebut, ianya bukan dibawah Pantai Holdings. FOMEMA dimiliki oleh Anjur Dinamik Sdn. Bhd. (ADSB) dan Koperasi Doktor Malaysia. FOMEMA bukan dimiliki oleh Mokhzani ketika mendapat contract tersebut.

22. FOMEMA dibeli oleh Pantai Holdings pada Februari 2000. Perlu diingat bahawa FOMEMA telah pun diberi kontrak oleh kerajaan pada tahun 1997 lagi. Tambahan lagi, pada tahun 2001, Mokhzani menjual kesemua pegangannya dalam Pantai Holdings. Oleh itu, persoalannya disini, adakah Mokhzani mendapat kontrak kerajaan semasa Tun menjadi PM? Jawapannya tidak. Sila buktikan sekiranya Mokhzani mendapat kontrak kerajaan.

Najib: Were you also PM when Mokhzani's Kencana group founded a year before was awarded a major fabrication (Offshore Structures) license by PETRONAS in the year 2002. Kencana Petroleum is one of only seven licensees in Malaysia awarded at that time.

23. Kencana Petroleum ni, sejarahnya bermula dari Hin Loon Engineering (HLE) pada tahun 1982 lagi. Pada waktu tu lagi, syarikat HLE ini telah bermula sebagai contractor untuk fabrication yard. Datipada HL Engineering ini maka lahirlah Kencana HL. HL Engineering telah mempunyai fabrication yard di Lumut pada tahun 2000 seluar 11 ekar. Mokhzani menyertai Kencana Petroleum pada tahun 2001.

24. Kencana HL ataupun HL Engineering telah mempunyai fabrication yard di Lumut pada tahun 2000 lagi. Pada tahun 2002, Kencana HL diberikan lesen untuk fabrication oleh Petronas. Ini adalah lesen dan bukannya kontrak. Lesen ini diberikan kepada 7 syarikat lain. Ingat ye, ini bukannya kontrak, tetapi lesen sebagai fabricator.

25. Pada tahun 2005, Kencana HL mengembangkan fabrication yard mereka di Lumut sehingga 53 ekar dan kemudiannya pada tahun 2007, Kencana HL mengembangkan fabrication yard meraka sehingga 123.7 ekar.

26. Pada tahun 2008, Syarikat Kencana HL diberikan kontrak fabrication oleh Petronas. Tahun 2008, Tun M sudah tidak lagi menjadi Perdana Menteri. Oleh itu, kontrak Petronas ini diberikan bukan semasa Tun M jadi PM.

Najib: Were you also PM in the year 2003 where your son Mukhirz owned Opcom and the company was awarded a direct award without tender contract worth RM214 million by Telekom Malaysia on the direct instruction of the Ministry of Finance? (see attached letter).

27. Surat yang ditunjukkan oleh Najib Razak yang bertarikh October 2003 itu adalah surat jawapan dari Kementerian Kewangan kepada Telekom Malaysia Berhad.

28. Apakah tujuan surat itu? Surat itu adalah untuk memberi kelulusan kepada Telekom Malaysia Berhad untuk melakukan rundingan terus. Di Malaysia, tender melebihi RM200,000 perlu dibuat melalui tender. Walaubagaimanapun, dalam keadaan-keadaan tertentu seperti hanya ada satu syarikat yang boleh membekalkan peralatan tersebut, maka perolehan secara rundingan terus boleh dibuat dengan syarat mendapat kebenaran dari Kementerian Kewangan.

29. Oleh kerana di Malaysai tidak ada syarikat lain yang boleh membekalkan fiber optic melainkan OPCOM pada ketika itu, maka Telekom Malaysia Berhad telah menghantar surat pada September 2003 kepada Kementerian Kewangan untuk memohon rundingan terus. Maka, pada Oktober 2003, kementerian kewangan memberi kebenaran iaitu meluluskan Telekom untuk mebuat rundingan terus dengan OPCOM. Untuk pengetahun pembaca, OPCOM telah terlibat dengan perniagaan fiber optic seawal tahun 1994 iaitu hampir 10 tahun sebelum proses perolehan ini. OPCOM adalah satu-satunya syarikat pada ketika itu yang mempunyai pengalaman lama dan kemampuan untuk pembuatan kabel fiber optic. Sebab itu rundingan terus ini dibuat.

30. Adakah Telekom Malaysia memberi kontrak tersebut pada tahun 2003? Jawapannya tidak. Surat pada tahun 2003 itu adalah kebenaran kepada Telekom Malaysia untuk buat perolehan secara rundingan terus. Kontrak pembekalan fiber optic antara Opcom dan Telekom Malaysia ini berlaku pada 7 Februari 2004. Adakah Tun M Perdana Menteri pada ketika itu?

Najib: As for your second sting as PM, was it true that the RM21.6 bilion National Fiberisation and Connectivity Plan (NFCP) was the only mega-project rushed through and announced by the PH government and approved by cabinet in record time?
https://www.theedgemarkets.com/…/cabinet-approves-rm216b-na…

And was it true that Opcom shares jumped 50% upon the project being announced as it would be one of the main beneficiary of that project?

31. OPCOM tidak terlibat dalam projek National Fiberasation and Connectivity Plan (NFCP). Ini adalah kerana OPCOM tidak memiliki lesen MCMC. Oleh itu, OPCOM tidak boleh mendapat projek ini. Ingat tak diatas tadi, saya jelaskan bahawa Kencana HL mendapat lesen fabrication pada tahun 2002? dan saya bagitau bahawa ini bukanlah pemberian kontrak tetapi ianya adalah lesen sahaja. Begitulah juga dengan MCMC. Hanya pemegang lesen sahaja yang boleh terlibat.

32. Saya telah menjawab setiap satu dakwaan Najib Razak mengenai anak-anak Tun M dan kontrak kerajaan. Saya dah jawab mengenai Konsortium Perkapalan Berhad, Kumpulan Hospital Pantai, Kencana Petroleum, OPCOM iaitu semua yang dibangkitkan oleh Najib. Saya dah tunjukkan bahawa tidak ada satu pun kontrak kerajaan yang diberikan kepada anak-anak Tun M.

33. Oleh itu, sehingga kini, Najib Razak masih tidak dapat membuktikan kontrak kerajaan diberikan kepada anak-anak Tun semasa Tun M menjadi Perdana Menteri. Cuba lagi ye, Najib.

34. Tulisan ini agak panjang walaupun saya dah berjanji untuk tulis secara ringkas yang boleh. Ternyata susah nak buat sebab saya cuba menjelaskan secara terperinci dan beserta dengan fakta nya.

-Dr.Fikir, KCD.

Sumber Rujukan:
[1] Dokumen Mahkamah Department of Justice
[2] Kenyataan AG Idrus Harun mengenai penyelesaian Riza Aziz
[3] Kenyataan London Stock Exchange mengenai perjanjian penyelesaian 1MDB - IPIC.
[4] Kencana Petroleum Annual Report
[5] OPCOM Annual Report 2004

No comments: