Tun Mahathir hari ini menyatakan sebab-sebab mengapa Anwar Ibrahim tidak boleh dilantik sebagai Perdana Menteri mewakili Pakatan Harapan sebelum ini. Antara sebabnya adalah kerana Anwar Ibrahim tidak popular dikalangan orang Melayu, Anwar Ibrahim pernah menghadapi 3 pilihanraya umum sebelum ini namun tidak berjaya membentuk kerajaan. Untuk pengetahuan Tun Mahathir yang menumpang teduh atas ikhsan Anwar Ibrahim, muhasabah dirilah. Lihat semula Tun Mahathir datang daripada mana. Tanpa persetujuan Anwar Ibrahim yang dimana Tun Mahathir bersusah payah merayu pada Anwar Ibrahim dan kononnya insaf atas kesalahan beliau terhadap Anwar Ibrahim sejak tahun 1998 dahulu, sila reset semula.
Tun Mahathir daripada parti Umno, ia suatu kerja biasa keluar dan masuk parti untuk menggulingkan individu yang bergelar perdana menteri sebelum-sebelum ini lagi. Tun Mahathir sudah menjangkakan BN akan jatuh dalam PRU14. Beliau pun umum keluar Umno masuk pula PH yang dibina daripada perjuangan perit jerih Anwar Ibrahim sebelum ini, kemudian dia mahu dirinya dicalonkan sebagai PM semasa Anwar Ibrahim didalam penjara, terpaksalah kena mohon maaf dengan Anwar Ibrahim, minta restu, sebab Anwar Ibrahim adalah ketua gabungan parti-parti dalam PH. Dia merayu untuk jadi PM dan Anwar Ibrahim memaafkan segala kesilapan yang Tun Mahathir pernah lakukan ke atas Anwar Ibrahim sejak dahulu lagi. Kemudian, parti Bersatulah yang paling banyak bertanding di kerusi-kerusi parlimen pada PRU14, namun parti beliau jugalah menempah keputusan yang rendah memenangi kerusi-kerusi parlimen yang diberikan peluang.
Kemudian PKR adalah parti kedua paling banyak bertanding dan menempah keputusan parti pertama dalam PH yang memenangi kerusi-kerusi parlimen dan iikuti DAP serta Amanah. Apa teori politik yang cuba Tun Mahathir bina adalah lapuk. Tanpa Tun Mahathir, waktu dimana rakyat lapisan usia dan kaum menuntut perubahan, terutama golongan anak-anak muda. Tanpa Tun Mahathir PH mampu memenangi PRU14. Bila seorang diktaktor memimpin Putrajaya tentulah sifatnya anti reform. Usaha reform ini jelas gagal selagi mana ia dikemudi oleh seorang diktator, malah tidak lain wujud unsur merosakkan dan sabotaj dari dalam gabungan PH supaya PH kelihatan semakin lemah.