Isu Pemecatan Speaker Dewan Rakyat*



1. Saya nak tulis tentang hal ini dah lama. Tak dapat masa yg sesuai dan puas saya cari bahan bacaannya tidak berjumpa! Semasa belajar undang2 tahun 70-an dan 80-an dulu, subject ini tidak pernah jadi kajian sebab tidak pernah berlaku.

2. Subject nya ialah tentang Usul Untuk Menukar Speaker atau secara crude nya Usul Untuk Buang Speaker.

3. Speaker yg dimaksudkan ialah Speaker Dewan Rakyat. Bukan Dewan Negara sebab sana dipanggil Presiden walau pun tugasnya sama. Bukan juga speaker radio atau speaker karaoke atau loud speaker telefon. Itu lain! (siapa komen pasal speaker itu kita block! hehehe)

4. Sistem menggunakan Speaker untuk mempengerusikan mesyuarat Dewan Parlimen ini diambil atau ditiru apa yg dibuat oleh Parlimen Britain. Orang kata ikut Westminster. Senangnya ikut penjajah British dulu.

5. Britain atau United Kingdom berbeza dgn Malaysia dlm keadaan yg amat ketara. UK tak ada Written Constitution sedangkan Malaysia ada Perlembagaan Persekutuan (bertulis).

6. Bila Perlembagaan itu bertulis, diwartakan dan ditabalkan sebagai the Sovereign Law of The Land, tidak ada undang2 lain yg boleh mengatasinya. Kalau ada undang2 lain bercanggah dgnnya, undang2 itu dikira batal dan tidak sah.

7. Peruntukan Perlembagaan mengenai Speaker, Deputy Speakers Dewan Rakyat boleh didapati dalam Article 57 dan 58 Perlembagaan Persekutuan. Secara ringkasnya :

a) Speaker itu boleh Ahli Dewan atau bukan. Kalau bukan dia mesti seorang yg layak dipilih.

b) 2 orang Deputy Speakers mesti Ahli Dewan.

c) Pelantikan atau pemilihan Speaker adalah agenda pertama apabila terbentuknya satu penggal baru kerajaan selepas pilihanraya.

d) Angkat sumpah jawatan dan taat setia menjunjung Perlembagaan (seperti biasa).

e) Apabila dia bukan asalnya Ahli Dewan, apabila dilantik sebagai Speaker, dia jadi Ahli Dewan tetapi tidak lah menjadi sebahagian dari Anggota Pentadbiran.

8. Speaker boleh meletakkan jawatan dgn menulis kepada Clerk of the House (Setiausaha Dewan Rakyat) dan secara automatik hendaklah mengosongkan jawatannya :-

a) apabila Dewan Rakyat bermesyuarat kali pertama selepas PRU.

b) apabila Dewan Rakyat dibubarkan.

c) apabila dia hilang kelayakan sebab telah menerima jawatan lain sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat atau mana2 organisasi lain yg dilarang secara khusus oleh Fasal (5) Perkara 57 Perlembagaan.

d) jika pada bila2 masa Dewan itu membuat ketetapan sedemikian.

9. Perkara yg menjadi isu sekarang ialah Perdana Menteri sendiri mengemukakan usul utk mendapatkan ketetapan Dewan memberhentikan Speaker yang ada dan juga salah seorang dari 2 Timbalan Speaker.

10. Keadaan ini tidak pernah berlaku di Malaysia mahu pun di Westminster (setakat yg saya telah baca sejarah dan kedudukan Speaker di UK).

11. Kenapa Speaker itu mahu diganti, tiada alasan yg diberi lagi kerana apa pun hujahannya mesti lah embargo dulu sehingga usul itu dibentangkan di Dewan.

12. Tahun 70-an dan awal 80-an dulu, Tan Sri Ariff, Speaker sekarang adalah lecturer di Faculty Undang2 Universiti Malaya. Saya adalah pelajarnya dan kenal beliau atas hubungan lecturer dgn pelajar. Kemudian dia jadi Peguambela dan Peguamcara sama seperti saya dan rakan2 yang seangkatan. Dia juga pernah menjadi Hakim Mahkamah Rayuan dan dia seorang yg berwibawa.

13. Apabila dia dilantik jadi Speaker, dan kita perhatikan cara dia mengendalikan persidangan Dewan, tiada nampak cacat celanya yang nyata.

14. Apabila dia dilantik jadi Speaker, apa juga afiliasi politik sebelum itu, kalau ikut tradisi Westminster, mesti lah diisytiharkan sebagai telah terpisah dan terputus. Kalau dulu asalnya dia sokong PAS kemudiannya Amanah, dia mesti isytihar sudah berpisah dan tidak lagi menjadi ahli.

15) Soalnya sekarang kenapa dia mesti dibuang? Adakah exceptional circumstances yg membolehkan atau membenarkan dia diganti?

a) Adakah sesi Parliament ini Penggal Baru selepas PRU atau ianya masih Penggal ke-14 selepas PRU-14?

b) Adakah credible evident yg tidak boleh disanggah bahawa Speaker telah atau akan menyebabkan Parliament menjadi huru hara, in total disrepute, scandalous atau ada unsur2 dia telah melakukan an abuse of power?

16) Sama2 kita nantikan apa yg akan dikemukakan!

17) Kalau usul ini kalah dgn undian, lebih baik lah Kerajaan PN minta kembali mandat dari pengundi! Biarkan rakyat yg layak mengundi tentukan nasib kerajaan.

18) Benda yg mudah, jangan lah dirumitkan. UMNO dan PAS mesti bertindak ikut kehendak dan kemahuan rakyat. Kalau itu gagal difahami, silap gaya PRU-15 nanti, kecundang kembali!