Awang bin Ahmad Awang
Bermula semalam, beberapa maklumat yang telah cuba untuk memastikan kesahihannya. Secara amnya semua maklumat-maklumat ini tidak ada kenyataan rasmi tapi sudah timbul dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.
1) Sekarang ini, hanya bergantung kepada Anwar Ibrahim sahaja untuk memberi persetujuan. Secara umumnya bilangan MP-MP yang menolak PN sudah pun lebih dari mencukupi. Namun, ia memerlukan sokongan 39 MP PKR. Sekiranya Anwar Ibrahim bersetuju, maka jatuhlah kerajaan Muhyidddin dan PN ini.
a. Diberitakan PH telah pun bersetuju untuk mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri buat sementara waktu. Setelah beberapa ketika, Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri kerana Dr Mahathir sudah pun tua dan tidak akan dapat meneruskan kerjaya beliau untuk jangka masa yang lama
b. Amanah dan DAP sudah pun menyetujui saranan ini.
c. Namun, ada fraksi dalam PKR yang cenderung kepada Rafizi mahukan PKR dan PH kekal sebagai pembangkang. Namun cadangan ini tidak dipersetujui oleh Amanah dan DAP kerana jangka masa 3 tahun adalah terlampau lama dan ada kemungkinan PKR dan DAP akan diharamkan sebelum PRU15 nanti.
2) Ada parti yang dah hantar wakil berjumpa Dr. M dan Anwar menawarkan sokongan mereka kepada kerajaan baru tapi dengan syarat Amanah (bukan DAP) dikeluarkan dari kerajaan baru ini. Parti ini dahlu ke hulu ke hilir maki DAP dan panggil DAP kapir harbi tapi sekarang ni cuma hendakkan Amanah sahaja ditendang keluar. Ini petanda jelas bahawa kerajaan Muhyiddin sekarang ini ibarat telur di hujung tanduk.
a. Khabarnya yang datang jumpa Dr. Mahathir itu adalah Presiden dan Spender. Ini bererti parti itu benar benar yakin yang kerajaan Muhyiddin tidak kekal lama. Kalau tidak, sudah tentu mereka tidak membuat tawaran ini.
3) Ada tiga orang Menteri dan Timbalan Menteri BERSATU yang bercadang untuk menarik balik sokongan kepada Muhyiddin semalam tetapi ubah fikiran di saat akhir. Namun, isu ini masih belum selesai lagi dan mungkin akan meletup sekali lagi
4) Pemecatan Dr Mahathir dari BERSATU umpama menjerut leher sendiri bagi Muhyiddin Yaasin kerana selama ini diberitahu kepada akar umbi BERSATU bahawa Dr Mahathir cuma bersandiwara sahaja menentang Muhyiddin bagi menghalang Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri. Namun, apabila Dr Mahathir dipecat membuktikan apa yang Dr. Mahathir buat selama ini bukan sandiwara. Ramai akar umbi BERSATU sudah merasa tertipu.
5) Orang-orang Muhyiddin juga sedang aktif mahu bertemu Anwar Ibrahim untuk membuat tawaran-tawaran baru. Yang terbaru ada tawaran untuk membuang UMNO dari PN dan menggantikan dengan PKR.
6) Harapan untuk pilihanraya mengejut juga amat tipis memandangkan keadaan Covid 19 ini menghalang orang ramai kembali untuk mengundi. Maka, akan berlaku pertukaran kerajaan
7) Kedudukan Muhyiddin belum disahkan sebagai Perdana Menteri secara berpelembagaan memudahkan YDPA memecat beliau dari jawatan Perdana Menteri. Muhyiddin tidak mampu membuktikan beliau mempunyai sokongan 112 minima dalam Parlimen untuk mengesahkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri mengikut Artikel 43-2(a) Perlembagaan Persekutuan yakni Muhyiddin masih belum membuktikan kepada YDPA yang beliau mempunyai sokongan majoriti dari Ahli-Ahli Dewan Rakyat dalam Parlimen.
8) Di Melaka sepertinya persetujuan telah dicapai dan kemungkinan PH akan kembali memerintah Melaka dengan sokongan 5 orang ADUN PN. Marilah kita berdoa supaya perkara ini terjadi.
9) Respon-respon dari Azmin Ali, PAS dan UMNO seperti di bawah ni menyatakan mereka sendiri tak yakin Muhyiddin ada majoriti di Parlimen. Panggilan membubar PArlimen adalah bukti mereka sudah nampak kejatuhan kerajaan mereka.:
KESIMPULAN: Nampak gayanya hayat kerjaaan Muhyiddin sekarang ni terletak dalam tangan Anwar Ibrahim. Kalau Anwar kata jalan, maka jalan lah Muhyiddin dan kuncu-kuncu nya.
Kalau Anwar tidak bertindak sekarang, PKR kemungkinan besar takkan wujud lagi selepas ini kerana telah diharamkan bersama-sama DAP.