Aku tak nak ulas panjang kecoh 129 MP katanya sudah menyokong PH menjadi kerajaan. Tetapi sebagai muhasabah, PN harus salahkan diri sendiri.
PN dipenuhi pemimpin tamak haloba menyebabkan berlakunya tikam menikam sesama sendiri. Pertamanya, parti aku sendiri UMNO. Walau pun jumlah kerusi paling besar, perlu diingat tanpa MP Bersatu dan PKR yang melompat keluar PH, kita tidak dapat menjadi kerajaan.
Jadi, apabila membuat tuntutan melampau termasuklah memenuhi jawatan di GLC-GLC utama dan beberapa permintaan yang lain, pastinya mendatangkan rasa terancam Tan Sri Muhyiddin terhadap UMNO. Lebih berat lagi khabarnya ada desakan untuk melepaskan kes-kes melibatkan tokoh-tokoh UMNO yang didakwa di mahkamah. Ia sesuatu yang menekan rakan sekutu baru yang kita baru berpakat.
Keduanya, team Azmin Ali. Mangkuk seekor ini mempunyai keinginan tinggi untuk menjadi PM. Jika UMNO tidak berkeras membantah di awal Sheraton Move, maka hari ini beliau sudah menjadi TPM. Dengan jumlah 10 MP bersama beliau, tetapi bernafsu besar untuk menjadi ketua negara. Akibat tamak, habis jawatan Menteri yang penting diberikan kepada kelompok beliau. Malah di Parlimen, kedudukan Azmin di sebelah PM, memberi isyarat beliaulah TPM.
Tindakan bodoh Azmin inilah antara penyebab dalaman UMNO semakin membara. Seperti api dalam sekam menanti masa untuk meletup.
Tidak ramai yang sanggup menjadi seperti PAS, sanggup menerima apa sahaja walau diberi kementerian tidak penting dan GLC yang tidak penting, demi memastikan kerajaan PN ini terus bertahan.
Akibat nafsu serakah sesama sendiri ini, berlaku usaha khianat sesama sendiri. Biar aku dedahkan SEGALANYA.
DS Zahid Hamidi khabarnya telah bertemu pemimpin PH tertentu berunding untuk membentuk kerajaan baru. Ia tindakan sangat mengecewakan dan membawa kepada usaha dalaman UMNO untuk menggantikan beliau sebagai Presiden. Tetapi logik Zahid ada. Beliau sebagai Presiden tidak dilantik sebagai Menteri dalam keadaan kes mahkamah beliau belum diputuskan bersalah. Kenapa dihukum awal?
Fraksi Hadi Awang dalam PAS yang berbeza dengan Fraksi Takiyudin Hassan telah bertemu Tun M Ramadhan yang lalu menawarkan 18 undi PAS untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin. Ini tindakan sangat hipokrit dari parti agama.
Fraksi Bersatu bekas UMNO yang melompat diketuai Hamzah Zainuddin telah bertemu Anwar menawarkan 9 MP untuk menyokong Anwar menjadi PM. Ini betul-betul bullshit. Tidak pasti adakah benar-benar Anwar akan bekerjasama dengan beliau yang pernah menuduh Anwar dengan skandal tertentu dan mengkhianati rakannya di PH.
Muhyiddin sendiri selepas gagal memujuk Mahathir, khabarnya sedang berusaha juga mencari pakatan baru untuk menyelamatkan kedudukan beliau sebagai PM. Tiada maklumat detail, tetapi yang pasti berlaku pertemuan 4 mata beliau dengan Anwar.
Bagi aku, kesemua fraksi dalam PN sekarang bersalah kerana pentingkan diri, tamak dan tidak sabar. Jadi apabila PH kembali kuat, jangan disalahkan mereka. Salahkan diri sendiri. Aku tidak rasa PH yang hilang kerajaan secara mengejut akan selamanya bodoh untuk percaya Zahid, Hadi, Hamzah atau Muhyiddin. Pasti mereka ada move tersendiri.
*Zainal Sadom*
UMNO SELAMANYA….