https://www.hmetro.com.my/utama/2020/05/578241/riza-aziz-dilepas-tanpa-dibebaskan
1. Sensasi, mengejudkan dan membimbangkan.
2. Anak tiri Mohd Najib Abdul Razak dan anak Rosmah Mansor, Riza Shahriz Abdul Aziz, dilepaskan tanpa dibebaskan daripada tuduhan pengubahan wang haram AS$248 juta (kira-kira RM1.25 bilion).
3. Tolong baca berita surat khabar yang dipautkan sebelum buat komen. Pengulas yang membuat komen mengandungi maki-hamun dan lucah menghadapi kemungkinan disekat (block).
4. Ikut laporan media massa arus perdana, pihak Peguam Negara dan Timbalan Pendakwa Raya, Gopal Sri Ram, telah mencapai beberapa persetujuan dengan tertuduh di mana kerajaan akan terima sejumlah wang "bernilai jutaan ringgit".
5. Sekiranya syarat-syarat persetujuan itu dipenuhi, tertuduh akan dibebaskan.
6. Timbul beberapa persoalan (posers) di sini. Mohon izin meminta penjelasan mengenai persoalan berikut:
i. Apakah ini keputusan yang bersendirian dan berasingan atau meripakan pratayang kepada kes-kes berprofil tinggi lain, khususnya yang berkaitan skandal 1MDB?
ii. Adakah dengan memulangkan duit yang dicuri, jenayah akan diampunkan dan pertuduhkan digugurkan?
iii. Adakah pengadilan kes jenayah berprofil tinggi ini berdasarkan duit semata-mata atau yang lebih utama adalah menghukum penjenayah?
iv. Apakah ada perubahan dasar dan pendekatan di pihak Pejabat Peguam Negara dan Pendakwa Raya terhadap kes-kes jenayah berprofil tinggi sejak pengambilan alih pemerintahan negara oleh kerajaan Perikatan Nasional?
v. Riza dituduh mengubah wang haram 1MDB lebih RM1 bilion. Berapa banyakkah yang akan dia pulangkan kepada rakyat jelata Malaysia?
Tanpa prajudis dan dengan permohonan maaf. Wallahuaklam. Terima kasih.