KEMUNCAK KEROSAKAN PAS ADALAH APABILA BERSEKONGKOL DENGAN PENGKHIANAT

1 HUKUM HUDUD MANSUH IKUT UMNO – INFO TERKINI POLITIK, SOSIAL DAN ...Wak Sempoi - Gara-gara PN rampas kuasa secara haram, maka ...

Kenapa sewaktu Kjaan Pas Perak di bawah YB Nizar dijatuhkan oleh tiga ekor pengkhianat pada tahun 2009 dulu, Pas menghukumnya sebagai pengkhianat dan dilaknat, sehingga ada tiga empat ekor lebai sanggup berbaring di tengah jalan depan istana perak untuk menghalang angkat sumpah MB baru?  Tidakkah menghalang kenderaan sultan itu satu derhaka? Kalau mati kena langgar waktu itu mati syahid?

Dijawab oleh lebai waktu itu, hukumnya kami wajib berjihad lawan pengkhianat kerana yg hilang itu adalah jawatan MB milik Pas.

Pada tahun 2020, Muhyidin dan Azmin serta gerombolan pengkhianat telah keluar dari PH dan mengajak umno serta Pas untuk bergabung tubuhkan kerajaan pintu belakang tanpa mandat rakyat.
YANG MANA SATU PAS MAHU? - Shahbudin dot comNegara Insider - BUBAR PARLIMEN SEGERA! Ekonomi semakin... | Facebook

Tanpa rasa malu, jauh lagi rasa bersalah atau berdosa, Pas dengan pantas menukar keputusannya daripada menuntut dibubarkan Parlimen kepada menyokong kumpulan pengkhianat kerana Pas dapat jawatan paling besar dalam dunia iaitu duta khas untuk Presidennya, dan menteri jaga tempat sampah atau alam sekitar untuk timbalan presidennya.

Waktu sekarang, hukumnya wajib pertahankan pengkhianat dan haram pertahankan atau kembalikan mandat rakyat, kerana Pas dapat untung dari perbuatan khianat itu.
Bubar Parlimen berbeza dengan langkah 'sumbang'

Itulah kemuncak kerosakan parti Pas.  Malang sekali parti yg ditinggalkan oleh Almarhum Tok Guru Nik Aziz ini sekelip mata dijual prinsipnya  oleh Hadi.

WFAUZDIN NS