CORET MALEK HUSSEIN



Ab Malek Husin menulis..

‪Aku pernah dipanggil dalam mesyuarat Dewan Harian PAS Pusat berkaitan dengan satu aduan aku terhadap artikel Harakah yang menyentuh Nabi Muhammad.‬

‪Artikel itu menyebut keinginan Nabi untuk terjun membunuh diri setelah sekian lama wahyu dari Allah tidak turun. Ia menyorot dari Sirah Ibnu Hisham.‬

‪Aku membantah tulisan Harakah itu secara bertulis kepada pimpinan parti.‬

‪Dalam mesyuarat Dewan Harian itu, aku membentang hujah-hujah betapa tidak mungkin samasekali Nabi berkeinginan untuk membunuh diri.‬

‪Namun, pendapat Harakah itu dipertahankan oleh Hadi Awang, semata-mata kerana itu tertulis dalam Sirah Ibnu Hisham.‬

‪Aku berdebat dengan Hadi Awang. Lalu aku persoalkan, mana mungkin antara sifat nubuwwah itu terangkum naluri untuk mencabut nyawanya sendiri tanpa hak dari Allah.‬

‪Aku tanya terus kepada ahli-ahli pimpinan Dewan Harian PAS Pusat, “Siapa bersetuju bahawa Nabi Muhammad mempunyai keinginan dan naluri untuk membunuh diri?”‬

‪Mendengarinya, Ustaz Fadzil Noor selaku pengerusi mesyuarat lantas berkata, “Ana tak setuju.” Diikuti oleh yang ramai yang lain.‬

‪Ustaz Hadi Awang tak terkata apa-apa. Hanya diam ikut majoriti.‬

‪Mesyuarat kemudiannya memutuskan, Harakah perlu menarik balik artikel tersebut, dan suatu ralat disiarkan.‬

dari Ab Malek Husin.