Kedai gunting: Netizen marah polisi berubah-ubah
Rata-rata rakyat Malaysia kurang berpuas hati dengan saranan kerajaan Perikatan Nasional bahawa kedai gunting rambut dibenarkan beroperasi.
Kurang puas hati bertukar menjadi marah apabila Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memberi nasihat agar pembukaan kedai gunting perlu menunggu data daripada Kementerian Kesihatan dan nasihat selanjutnya sama ada langkah kebenaran beroperasi itu akan berpotensi menyebarkan Covid 19 atau tidak.
Netizen melihat kerajaan PN seolah-olah tidak mendapatkan nasihat yang secukupnya sebelum membuat sesuatu keputusan
“Saya terbaca bahawa kebenaran perkhidmatan gunting rambut bakal disemak semula MKN selepas KKM menasihatkan agar ianya tidak dijalankan buat masa ini kerana data-data menunjukkan pemulihan sedang rancak berjalan.
“Namun, saya terbaca juga tulisan dari pegawai kanan Menteri Miti yang menunjukkan 8 justifikasi kenapa kementeriannya membenarkan kedai gunting rambut beroperasi,” keluh netizan yang disiarkan oleh laman Info Rakyat.net.
Lebih menimbulkan tanda tanya apabila alasan membuka kedai gunting dilihat tidak relevan dengan situasi semasa.
“Selain faktor ekonomi yang menekan pengusaha kedai gunting rambut (ribuan sektor lain juga sama terjejas), melalui gunting rambut dapat menurunkan tekanan darah tinggi!
“Saya sangka ia gurauan. Namun ia ternyata ditulis dalam bebenang twitter beliau. Kerana setakat tadi, saya masih yakin kita masih hadapi pandemik covid-19 yang berjangkit bukan pandemik darah tinggi. Dan banyak aktiviti lain mampu merendahkan tekanan darah tinggi termasuk aktiviti sukan. Bahkan aktiviti sukan lebih mudah dikawal jarak sosial berbanding penggunting rambut dan pelanggan. Namun, aktiviti sukan kekal dilarang!” cetus netizen terbabit.
Beliau menegur agar pegawai kerajaan lebih serius dalam menghadapi Covid 19 dan bukannya memberi kenyataan sendaan sebagaimana Raja Troll Najib Razak lakukan selama ini.