Sementara itu kata Norlin, dapatan tinjauan Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) meramalkan sebanyak lebih kurang 40 peratus syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan berhenti beroperasi. Maknanya banyak syarikat yang akan lingkup, kerana mereka terpaksa memberhentikan pengeluaran dan pekerja kerana tidak mampu menanggung kos. Pada 27 Mac 2020 lalu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion yang dikatakan memberi manfaat kepada anda semua. Kata Muhyiddin, dengan semua kemudahan yang diumumkannya, Makcik Kiah dan keluarganya akan dapat penjimatan RM4,464. "Tapi penjimataan sebenar hanyalah RM864 pasal pinjaman kereta (RM1,800), PTPTN (RM1,200) dan kredit mikro (RM600) yang jumlahnya RM3,600 akhirnya kena bayar balik juga. "Sebenarnya Makcik Kiah hanya jimat sewa rumah PPR sebanyak RM744 dan bil letrik RM120 sebulan. Jadi yang Makcik Kiah jimat hanyalah RM864 bukan RM4,464," tulis bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Dato' A Kadir Jasin.
MAK CIK KIAH SIBUK, TIDAK SEMPAT MAIN TIKTOK