Jangan tembak pembawa utusan: Rekod-rekod yang didedahkan oleh SPRM adalah untuk kepentingan awam



By
 Aliran admin
 -

 Feb 2020



MACC chief Latheefa Koya
Pada 8 Januari 2020, pada satu sidang akhbar, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiarkan rakaman sembilan perbualan rahsia.
Rakaman tersebut dikatakan adalah perbualan antara pegawai kerajaan yang berpangkat tinggi termasuk bekas Perdana Menteri Najib Razak dan juga ahli keluarga diraja Timur Tengah mengenai siasatan ke atas skandal kewangan 1MDB.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata bahawa SPRM mengambil tindakan sebegini kerana perbualan tersebut menarik perhatian khalayak ramai kerana melibatkan penyalahgunaan kuasa, konspirasi jenayah, halangan keadilan dan mungkin menjejaskan keselamatan negara. SPRM ternyata bimbang bahawa tanpa pendedahan awam ini, maklumat penting masih disembunyikan.
Setelah tidak lama pendedahan dari SPRM, beberapa orang peguam dan kumpulan yang terlibat menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap penyiaran rakaman tersebut. Mereka merasakan bahawa pendedahan itu tidak wajar dan boleh mempengaruhi pertimbangan kehakiman (sub judice) atau menghina mahkamah dan akan membawa kepada pengadilan oleh media (walaupun ini mungkin tidak lagi berlaku dengan terhapusnya perbicaraan berjuri).
Selain daripada itu, timbul juga masalah pencerobohan privasi melalui perakaman perbualan telefon dan sama ada ini selaras dengan pelembagaan. Ini harus ditangani dalam masa yang singkat.
Kita perhatikan semua kebimbangan dari segi undang-undang, prosedur dan etika dan mengiktiraf pencerobohan privasi yang berkemungkinan.
Tetapi keadaan luar biasa patut dipertimbangkan. Hal ini bukan perkara remeh atau pun melulu. Kerajaan kleptokratik terdahulu terlibat dalam apa yang dianggarkan di peringkat antarabangsa sebagai salah satu skandal kewangan terbesar di dunia (jika bukan yang terbesar), menambahkan hutang negara pada tahap yang serius. Rekod rakaman yang dikeluarkan oleh SPRM memberikan konteks latar belakang yang berharga mengenai beberapa tindakan yang berlaku di belakang tabir dan personaliti yang terlibat.
Memandangkan keseriusan keadaan, kepentingan umum dan usaha mencari kebenaran dan akauntabiliti mungkin lebih baik disampaikan melalui pembebasan rakaman, yang mengatasi kebimbangan lain yang disebutkan.
Orang ramai mempunyai hak untuk menuntut para pemimpin – bahkan mereka yang berada di lingkungan tertinggi kuasa – yang menyalahgunakan kuasa mereka harus diambil tindakan ke atas mereka.
Jawatakuasa eksekutif Aliran
17 Januari 2020