PRK Kimanis: Penyokong Bersatu diarah undi calon Warisan
Penyokong dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu memberi sokongan padu kepada Datuk Karim Bujang yang diketengahkan sebagai calon Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen Kimanis.
Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, Warisan yang menerajui kerajaan Sabah adalah rakan sekutu kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) yang mentadbir kerajaan Persekutuan.
“Memandangkan HARAPAN dan Warisan kawan yang akrab, kita mesti tolong. Ini tanggungjawab kita sebagai ahli komponen PH.
“Kita perlu memastikan calon Warisan bukan sahaja menang malah memperoleh jumlah undi yang besar kali ini,” katanya.
Hajiji sebelumnya melawat Bilik Gerakan Jentera Bersatu untuk PRK Kimanis di Pekan Membakut.
Sementara itu, Hajiji juga mengesa agar ahli parti itu menjalin kerjasama dan hubungan baik bukans ahaja dengan penyokong Warisan, namun juga kepada pendokong parti-parti dalam HARAPAN.
PRK Parlimen Kimanis bakal diadakan pada 18 Januari dan undi awal pada 14 Januari ini.
Pilihan raya itu diadakan selepas Mahkamah Khas Pilihan Raya mengisytiharkan kemenangan bekas Menteri Luar, Anifah Aman terbatal kerana pelanggaran peraturan pilihan raya.
Karim bakal bertanding secara satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN) Mohamad Alamin