PIMPINAN PH DIINGATKAN AGAR JALANKAN TANGGUNGJAWAB



Mohd Shah Rim

STATUS SERIUS.

Pada semua wakil rakyat dan ahli parlimen PH..hampir dua tahun jadi SOMEBODY..bila korang menang dulu di PRU14, bukan kerana KAPASITI ATAU AURA korang, tapi kerana gelombang kebangkitan rakyat yang menolak pemimpin BN dan PAS...jadi, korang menang atas tiket PH, rakyat ketika itu mengundi PH dan tolak  BN/PAS...

Sekarang, iklim politik negara dah berubah, pembangkang kini mencabar kembali..kerana itu PH kalah berturut turut bermula di Cameron, Semenyih dan Tg Piai..janganlah ingat dan masih bermimpi, kemenangan korang dulu akan kekal jika gagal menjalankan tanggung jawab sebagai ADUN dan MP..

Lagi satu, PH gagal bertindak mengimbangi pengaruh pembangkang di medsos dan komunikasi, sebab kepimpinan negara pada masa itu, merasakan kemenangan itu kerana rakyat memilih mereka BUKAN kerana usaha gerak siber dimedsos.. jadi ke bodohan itu digunakan sepenuhnya oleh pembangkang..walaupun kini nampak ada usaha kerajaan untuk membetulkan keadaan.

Aku dan rakan rakan akan terus pertahankan kerajaan TAPI bukan pemimpin yang gagal..dan terbukti gagal, jadi janganlah rasa, anda kebal dari kritikan atau kami akan terus menyokong anda. itu bukan cara kami.. dan kami bukan level WALAUN bodoh yang terima saja arahan Presiden parti..

Berubah dan jadilah wakil rakyat, MP yang memahami situasi politik semasa, setiap cerita mengenai ADUN dan MP pasti akan diviralkan dimedsos dan menyebabkan imej PH buruk dimata rakyat...  jika tak nak berubah, jadilah ADUN dan MP yang tidak menyusahkan penyokong kerajaan.. itu saja permintaan kami..