BERITA YANG DISAKITI BUAT PEMBANGKANG..



Ketika pentadbiran PH berusaha bersungguh utk memperkasakan & memartabatkan tulisan Jawi, ketika itulah dakyah & fitnah pembangkang cuba menabur fitnah terhadap kerajaan hari ini kononnya tulisan Jawi semakin terhapus semenjak PH berkuasa..

JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan menggunakan tulisan Jawi dalam segala urusan surat menyurat mereka bermula tahun ini.

"Pelaksanaan ini juga termasuklah di peringkat pejabat kadi, sekolah-sekolah agama dan digunakan dalam teks-teks ucapan,"katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Johor di Pusat Islam Iskandar,di sini, hari ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, beliau menyokong sepenuhnya usaha menggunakan tulisan Jawi itu kerana dapat memperkasakan lagi tulisan berkenaan di negeri ini.

"Semua di bawah jabatan agama Islam (termasuk MAINJ) mestilah menggunakan tulisan Jawi untuk memperkasakannya.

"Kalau kita hendak mengaji, kita mesti tahu baca dan tulis Jawi, jadi ia sedikit sebanyak dapat memahirkan kita untuk mengaji. Jadi saya harap seluruh masyarakat terutama orang Islam dapat menghayati dan belajar tulisan ini," katanya. - BERNAMA 

#PerkasaTulisanJawi
#TulisanJawi

~SR

No comments: