MAJLIS PRESIDEN ADA KUASA?



Mohd Zulaimi Kazim

Majlis Presiden ada kuasa menentukan siapa Perdana Menteri dan mengawal kuasa seorang Perdana Menteri... kononya.

Nampak cantik lenggoknya catatan pada kertas sejarah penubuhan PH tapi kita tahu orang yg mengetuai Majlis Presiden yg bersetuju dgn terma2 ini adalah seorang yg pernah jadi PM dan ketika terma itu dibuat orang yg pernah menjadi TPM dan pernah memangku PM masih di Sg Buloh.

Sebagai seorang yg pernah duduk di tampuk paling berkuasa dia lebih tahu kuasa PM itu mengatasi kuasa Majlis Presiden dan nak lantik serta nak jatuhkan seorang Perdana Menteri itu melibatkan perlembagaan negara bukan perlembagaan parti. Melibatkan YDP Agung dan Parlimen.

Dalam masa yg sama pemimpin2 kanan dalam PH dibiarkan terpalit dgn skandal. Timbalan Presiden PKR telah disucikan oleh AG dan PDRM dan dalam masa yg sama agenda memburukkan imej Presiden PKR terus berjalan. Presiden Amanah dan Timbalan pula berdepan dengan masalah SetPol yg memiliki fail rasuah di SPRM dan mereka masih mengekalkan pegawai bermasalah ini sbb dilindungi oleh PM.

Pemimpin2 DAP pula ditekan dgn isu2 rasis yg sengaja dikembang biak untuk mengikat pergerakan mereka. Semua orang tahu isu jawi bukan DAP yg halang tp seolah2 sengaja dibiarkan media menyerang DAP. Bagaimana kalau DAP bersuara supaya PM kena berpegang pd janji utk serahkan jawatan selepas 2 tahun? DAP akan dituduh me jatuhkan seorang pemimpin yg ultra melayu!

Jadi... janganlah diharap Majlis Presiden akan menggunakan kuasanya nak berusara pun tak berani sbb itulah suara2 kartel cukup gah pertahankan PM bukan memperkuangkan Presiden mereka utk jadi PM8.