Sumpah Najib bercanggah syarak
Via WhatsApp
1- Baru-baru ini Dato’ Seri Najib bekas Perdana Menteri Malaysia dikatakan telah melakukan Mubahalah dalam kes membabitkan namanya dengan bekas polis bernama Azilah yang menyatakan baru-baru bahawa DS Najib yang mengarahkannya membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Saya tidak mahu membincangkan adakah benar DS Najib menyuruh Azilah membunuh AlTantuya kerana saya sendiri tidak percaya dengan hal itu selagi tiada bukti kukuh sabit dimahkamah. Apa yang saya ingin nyatakan adalah Mubahalah yang dilakukan oleh DS Najib itu adalah batil/salah bercanggah dengan kaedah agama Islam itu sendiri.
2- Mubahalah bukanlah sumpah biasa dalam mahkamah yang dinamakan sebagai Al Yamin.
Mubahalah adalah kaedah penyelesaian isu perbalahan hujjah berkaitan isu utama agama seperti Akidah dan sebagainya.
Mubahalah adalah kaedah penyelesaian isu perbalahan hujjah berkaitan isu utama agama seperti Akidah dan sebagainya.
Selain itu Mubahalah perlu dilakukan oleh kedua belah pihak yang bertelagah dan bukan satu pihak sendiri buat di Masjid tanpa pihak kedua. Ini berdasarkan ayat Al Quran berkaitan Mubahalah dalam surah Aali ‘Imran ayat 61 yang menjelaskan dengan terang bahawa mesti ada kedua belah pihak bersama-sama bermubahalah.
Ya memang Azilah dalam penjara namun Mubahalah tidak sah Dilakukan tanpa pihak kedua. Ditambah lagi DS Najib menganggap pihak kedua adalah umum iaitu sesiapa sahaja yang memfitnahnya. Ini adalah umum maka ia bukan Mubahalah seperti mana yang disebut sendiri secara terang-terangan dalam majlis DS Najib tersebut bahawa ia merupakan Majlis Mubahalah.
3- Majlis DS Najib tersebut mungkin sebagai hanya menafikan dirinya terlibat dengan pembunuhan AlTantuya dan ia ok setakat penafian itu tetapi untuk menyatakan ia adalah Mubahalah maka itu adalah Batil bercanggah dengan kaedah syarak dalam menetapkan hal Mubahalah. Lagi teruk DS Najib mendoakan laknat keatas dirinya sendiri jika dia berbohong tanpa pihak kedua. Itu bukan Mubahalah.
4- Selain dari itu Mubahalah tidak dilakukan pada kes-kes membabitkan jenayah dan Mahkamah. Sekali lagi diingatkan Mubahalah bukan sumpah Al Yamin yang dilakukan dalam beberapa kes mahkamah ia (Mubahalah) kaedah khas pada isu besar agama dan bukan isu peribadi semata-mata. Kefahaman Islam DS Najib perlu diperbaiki demi kebaikan dirinya dan juga orang ramai.
5- Saya nasihatkan agar DS Najib bertaubat kepada Allah subhanahu wata’ala dan tambahkan ilmu agama Ahli Sunnah Wal Jamaah yang benar bukan terpengaruh dengan orang sekeliling yang jahil agama.
– Ustaz Abu Syafiq.