Oleh : Amiruddin Ahmad.
Bera 28 Dis 2019-Program " Jom Ke Sekolah" Parlimen Bera yang memanfaatkan pelajar terutamanya Golongan B40 melibatkan 400 pelajar beberapa buah sekolah sekitar Parlimen Bera. Majlis yang di sampaikan oleh Senator YB Manolan Mohamad itu mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya golongan B40 yang bersyukur dengan program yang dilaksanakan oleh Kerajaan PH.Turut serta Adun Triang,YB Leong Yu Man. Wakil Amanah Kawasan Bera,dan juga wakil PPBM Bera.
Bantuan berupa peralatan sekolah,kasut,bag selengkapnya merupakan hadiah bagi golongan marhaen B40.Majlis yang berlangsung di Felda Temanggau 2 dan juga Triang ini mendapat kerjasama ibubapa atas usaha Jawatankuasa PH Bera yang membolehkan majlis ini berjalan lancar dan berjaya. Taniah jawatankuasa yang mencari,mengumpul maklumat dan Usah ini bukan lah mudah bagi kawasan yang luas di bawah Parlimen Bera.
Turut serta menjayakan majlis " Jom Ke Sekolah" adalah Adun Triang, Yb Leong Yu Man, Hj Abdul Manan bin Ahmad, Pengerusi Amanah Bera dan Mohd Hairun bin Zakaria, Pengerusi Ppbm.
Majlis berakhir sekitar jam 6 petang.
#Lagi gambar akan menyusul kemudian.Teruslah memberi sokongan kepada blog ini dengan menekan iklan yang terdapat ditepi dan juga dibawa artikel. Ianya dapat membantu saya mengendalikan blog ini sedaya upaya.Terima kasih.