JAGA-JAGA MPSP,SENARAI PENYAMUN DALAM PERHATIAN


TV3 RENDAHKAN INTELEK RAKYAT




MPSP sekat ceramah Pakatan Rakyat?
Apr 5, 08 1:44pm

Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPPP) didakwa cuba menghalang program ceramah Pakatan Rakyat yang dijadualkan Isnin depan. Ceramah itu akan disertai ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, timbalannya Mohd Fairuz Khairudin, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan naib presidennya Mohamad Sabu.Menurut laporan Harakahdaily.net, iada pada awalnya dijadualkan diadakan di stadium Batu Kawan tetapi terpaksa dibatalkan dengan alasan perlawanan bola sepak akan berlangsung di situ. Setelah ia dialihkan ke Dewan Besar Sungai Dua, Perpustakaan Negeri pula dikatakan akan mengadakan program di situ. Setiausaha perhubungan PAS Pulau Pinang, Fazhil Kemi semalam dilaporkan berkata, sehingga kini lokasi program itu masih belum pasti.
Tinjauan laman web rasmi itu mendapati alasan MPSP seperti ada perlawanan bola sepak dan untuk kegunaan Perpustakaan Negeri "hanya rekaan pegawai terbabit sahaja untuk menghalang program daripada diadakan". Fazhil menambah, MPSP wajar menerima permohonan PAS untuk mengadakan program besar itu kerana penganjur bersedia membayar sewa. "Nampak gayanya MPPP cuba halang program yang bakal diatur dengan memberikan alasan yang kurang bijak," katanya.
Sementara itu,dilaporkan bahawa SMS berlegar menyatakan bahawa DSAI akan hadir sama dalam ceramah yang bakal di adakan pada 7HB ini isnin di stadium batu kawan, namun belum dipastikan lagi lokasi ceramah mega ini akan diadakan.
KOMEN ADMIN:TERDAPAT INSAN YANG MEMANG TIDAK BERMORAL YANG MEMBACA DAN MEMBERI POS YANG JUGA TIDAK BERMORAL.JIKA MANA-MANA PIHAK TIDAK MENYENANGI BERITA YANG DIPOSKAN DALAM BLOG INI, MAKA JANGANLAH MEMBACANYA.ADALAH LEBIH ELOK MEMBACA MEDIA ARUS PERDANA SAHAJA.KOMEN INSAN INI SAYA TERPAKSA DELETE KERANA ITU BUKAN BUDAYA PENYOKONG BARISAN RAKYAT.HANYA YANG BERILMU SAHAJA YANG TAHU BERFIKIR.

No comments: