30 AHLI PARLIMEN BN AKAN MEMBUAT USUL UNDI TIDAK PERCAYA KEPIMPINAN ABDULLAH



TV3 RENDAHKAN INTELEK RAKYAT



KUALA LUMPUR 6HB -Timbalan presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Gombak, YB Azmin Ali menyatakan bahawa hampir 30 ahli parlimen BN akan membuat usul undi tidak percaya diatas kepimpinan Abdullah Badawi.

Menurut Azmin, mereka ini begitu prihatin dengan apa yang sedang berlaku dan dialami negara pada masa kini dimana mereka menyedari bahawa negara ini di tadbir dengan cara yang tidak berhemah, dan memerlukan seotang pemimpin yang berkaliber untuk menerajui negara ini.Dalam konteks ini ramai yang percaya bahawa hanya Anwar Ibrahim sahaja yang mampu menjalankan tanggungjawab ini.

Pada 8 Mac lalu , BN parti yang dianggap begitu angkuh dengan berbagai propaganda murahan mereka melalui semua jentera termasuk TV telah menghentam Anwar Ibrahim dalam segala sudut. Rakyat yang telah muak dengan sikap kerajaan yang dianggap cuba menipu dan menjadikan TV3 sebagai sebuah stesen TV yang paling tidak mendudik masyarakat menjadi cerdik , telah menghukum Regim BN dengan mengenepikan majoroti 2/3 dimana BN mendapat 140 kerusi parlimen dan Pakatan Rakyat mendapat 82 kerusi.







BN mendakwa bahawa pihak Pakatan Rakyat khasnya Anwar cuba memancing ahli parlimen terutamanya dari Sabah dan Sarawak untuk menyertai barisan Rakyat .pakatan barisan Rakyat hanya memerlukan 31 kerusi lagi untuk mengambilalih pentadbiran negara.Menurut Azmin lagi ianya bukan sahaja melibatkan ahi parlimen dari Sabah dan Sarawak , malahan ianya juga dari UMNO sendiri yang merasakan bahawa kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi terlalu lemah.


Beliau juga mendakwa bahawa ada antara mereka yang begitu tidak senang dengan tindakan Abdullah untuk memeperkenalkan undang-undang anti lompat,malah menurut Azmin lagi penyelesaiannnya ialah jika anda berada dalam parlimen , anda hanya perlu bangun dan menyatakan bahawa anda ragu dan tidak yakin dengan kepimpinan Abdullah.

No comments: