SIAPA CEPAT DIA DAPAT

 



Kumpulan pemberontak dilaporkan bergaduh sesama sendiri selepas Ketua Pemberontak Pasukan Maya mereka Nordanial Hamzah mengesahkan PTG akan mengosongkan beberapa Balai Undang yang masih diduduki secara salah oleh mantan.






Pada Rabu, sumber yang dikenali sebagai Aizley memaklumkan kepada wartawan bahawa PTG telah menerima notis rasmi dari kerajaan negeri berhubung arahan pengosongan Balai Undang.


Notis tersebut telah ditandatangani dan hanya menunggu arahan pelaksanaan tindakan. 


Pengosongan itu sebahagian dari langkah untuk membenarkan Undang baru memasuki Balai bagi melaksanakan tanggungjawab masing².


Sumber tersebut turut memaklumkan akan ada perkara besar yang bakal berlaku pada minggu depan namun tidak memperincikan butiran.


Pemerhati percaya polemik perebutan kuasa di antara pasukan Jalal dan Ismail akan dinoktahkan pada minggu hadapan samada Jalal berjaya mendapat bilangan numbers yang mencukupi atau Ismail menarik balik surat yang diserahkan kepada MRR. Siapa yang bertindak dulu akan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan.





No comments: