KAYA KRONI.


Nordin Mat


 Kadang-kadang hairan juga tengok orang kaya yang suka menunjuk ni.






Dia nak tunjuk kekayaan… atau nak orang percaya dia hebat berniaga?


Bukan dengki. Orang kaya hasil usaha sendiri, kita tabik. Kita tahu susahnya cari pelanggan, bayar gaji dan bertahan waktu bisnes jatuh.


Cuma tertanya-tanya, hebat sangatkah sesetengah orang ni sampai semua bidang dia boleh buat?


Dari pembalakan sampai bela lembu. Semua masuk. Semua nampak menjadi.


Dengar macam-macam cerita, tetapi cerita orang belum tentu benar. Yang patut ditanya: kekayaan itu datang daripada kehebatan berniaga, atau kelebihan kerana ada kuasa?


Sebab pandai cari pelanggan dengan pandai guna kedudukan, dua kemahiran yang jauh berbeza.


Kalau guna kuasa untuk kaut keuntungan sendiri, jangan bungkus sebagai “kejayaan usahawan”.


Peniaga sebenar berpeluh mencari rezeki.

Ada yang berpeluh mencari jalan untuk terus hidup.


Kalau kekayaan datang daripada menyalahgunakan kuasa…


Itu bukan meniaga. Itu menyakau.





No comments: