che ibrahim
1. Dulu dulu UMNO atas nama BN mengetuai pakatan politik parti parti yang memerintah. Pendek kata UMNO parti nombor 1 dalam komponen BN, parti parti lain hanya mengikut kata UMNO.
2. Dulu dulu BN didokong oleh MCA, Gerakan, MIC dan lain lain parti bukan melayu yang mewakili kaum bukan melayu dalam BN. Pendek kata Dap pun terpaksa akur kepada Gerakan dan MCA.
3. Dulu dulu BN memerintah secara tunggal, sayap penguasaannya bukan sahaja di Johor, Selangor, Pulau Pinang, Melaka dan Perak, bahkan melebar ke Sabah dan Sarawak. Pembangkang hanya melukut di tepi gantang.
4. Kini segala galanya telah berubah, UMNO sekarang bukan lagi UMNO parti keramat orang melayu dulu dulu. BN bukan lagi penguasa kepada kerajaan dan parti komponen unggul yang sukar dilawan. BN sudah 2x berturut turut ditolak oleh rakyat dalam PRU 2018 dan 2022.
5. Umno dan BN masih bernafas sekarang kerana keegoan PN yang enggan berkongsi kuasa dengan PH selepas PRU 15 apabila tidak ada mana mana parti yang menguasai majoriti mudah. Kalau waktu itu PN tidak bersifat ego, BN sudah tentu menjadi pembangkang untuk penggal kedua.
6. Terimalah hakikat BN, PH dan PN (jika masih bersatu) mempunyai kekuatan dan peluang seimbang untul dinobat sebagai kerajaan. Kecuaian yang sedikit boleh mengundang parah yang mendalam.
7. BN ada MCA, PH ada Dap dan PN ada Gerakan sebagai parti bukan melayu yang bergabung bersama mereka. Berlawanlah secara adil, bukan berlindung di sebalik isu agama dan perkauman.

No comments:
Post a Comment