Jika kita ingin mempertahankan negara ini agar terus aman dan lebih inklusif, maka ia harus berteraskan jiwa ihsan dalam kerangka Negara MADANI.
Di hadapan ribuan warga pekerja sempena Hari Pekerja 2026, saya menegaskan bahawa seluruh golongan pekerja juga antara yang memainkan peranan penting mencorak hala tuju negara dengan terus berkhidmat dengan penuh keikhlasan dan ketekunan demi pembangunan bersama-sama.
Merekalah tonggak utama yang memacu kemajuan ekonomi negara dengan menggerakkan sektor perindustrian dan perkhidmatan, memperkukuh produktiviti, menarik pelaburan berkualiti, serta memastikan pertumbuhan yang mampan dan berdaya saing di peringkat serantau dan global.
Kerajaan akan terus memastikan kebajikan warga dipelihara dan diperkasa secara menyeluruh, termasuk pengumuman hari ini yang melibatkan perlindungan pekerja merentas sempadan, sokongan pasca bersalin, peluasan latihan kemahiran, bantuan kepada yang kehilangan pekerjaan, serta pengukuhan keselamatan sosial, khususnya bagi pekerja gig.
Walau berdepan ketidaktentuan ekonomi global, Kerajaan kekal fokus untuk memastikan tiada yang tercicir daripada arus pembangunan termasuk seluruh warga pekerja agar kemakmuran negara dapat dinikmati secara adil dan saksama.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI









No comments:
Post a Comment