Abu Musa
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, secara rasmi menolak dan tidak mengiktiraf pengisytiharan yang dibuat oleh sebahagian Undang Yang Empat untuk menurunkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Hipotesis: Sekiranya Menteri Besar; Datuk Seri Aminuddin Harun mengesahkan, bersetuju, mengiktiraf dan menandatangani surat pemecatan tersebut, saya rasa pihak pembangkang dan mereka yang sefahaman akan berbondong-bondong berdiri di belakang Yang di-Pertuan Besar.
Menteri Besar akan dituduh derhaka pada Yang di-Pertuan Besar, pemecatan tidak sah dan Undang Yang Empat gila kuasa.
Mereka juga akan berdemonstrasi di depan Kediaman rasmi Menteri Besar dan memaksa beliau meletakkan jawatan. #Phewww

No comments:
Post a Comment