
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi foto rambutnya digunting yang dilakukan seorang tukang gunting rambut di Facebook pada 28 April 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA, 29 Apr – Sekeping foto dikongsi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian warganet apabila dilihat sedang menggunting rambut yang dikendalikan seorang tukang gunting di sebuah kedai, semalam.
Berlatar belakangkan muzik lagu ‘Bila Mama Pakai Celana’ nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Perdana Menteri kelihatan duduk secara santai memegang telefon bimbit sambil meneliti perkembangan semasa.
Aksi spontan Anwar mengundang pelbagai reaksi warganet yang terhibur dengan meninggalkan komen dan memuji penampilan beliau.

Shazy Property menulis “My favorite barber in town. (Tukang gunting rambut kegemaran saya di bandar). Nanti I set appointment & booking (tetapkan temujanji & tempah) balik utk bulan depan,” tulisnya.
“I also cut my hair today what a coincidence (Saya juga potong rambut hari ini, kebetulan pula),” tulis Mei Qin.
“Wah hensem gila Datuk Seri. We love (Kami sayang) PMX,” kata Jerung Jinak.

“Steady PMX. Sambil kita layan lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee yg mungkin dituju kepada golongan gila kuasa yg gagal nk tebuk atap di Nismilan 😁,” usik Ezra Azrin.
“Sabar dan tenang itulah antara sikap PMX yang paling tinggi dan kuat,” komen Muhammad Mas’ab.
Perkongsian tersebut jelas memperlihatkan sisi santai pemimpin nombor satu negara itu yang dekat di hati rakyat.
No comments:
Post a Comment