Hasnul
Firdhaus Beb Abdullah, kamu dan Shuhaimi Mohd Lana merupakan pensyarah Uni Sultan Azlan Shah dlm bidang pengajian Islam.
Kamu sewajarnya lebih cermat sebelum kamu siarkan sesuatu posting. GISB jelas disepakati sesat oleh Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam yg mana pengerusinya adalah Sultan Selangor pada ketika fatwa sesat dikeluarkan terhadap GISB.
Begitu juga negeri Johor, Selangor, Perlis dll yg telah mengeluarkan fatwa sesat kepada seluruh jemaah GISB. Bukannya sebahagian daripada mereka.
Kamu nak beri gambaran seolah2 biz GISB ni telah dihancurkan oleh tangan2 yg bersekongkol dgn pihak berkuasa negara..? Kamu kaitkan pembinaan kandang babi lebih mudah drp menyokong biz orang Islam (GISB).
Komen kamu telah memberi sangkaan buruk terhadap pihak berkuasa seolah2 ada pakatan menjatuhkan GISB..??
Kamu boleh sahaja buat carian dalam Google atau CGPT kes2 berkaitan GISB termasuk pendedahan aktiviti eksploitasi kanak2 bawah umur, ratusan kanak2 diselamatkan dan ditempatkan di pusat jagaan kanak2 serta beberapa lagi kes yg berat.
Jangan kamu cemarkan nama baik Uni Azlan Shah (USAS) yg mana Paduka Seri Sultan Perak sekarang Pengerusi MKI.
Cukup2lah bermain sentimen agama dan bangsa. Kamu sepatut mengamati dan memahami titah Tuanku Sultan Perak yg menyeru ke arah perpaduan dan hormati pihak berkuasa.
*** Shuhaimi Mohd Lana merupakan pimpinan PAS Perak.


No comments:
Post a Comment