Semalam direman kerana disyaki salah guna RM600,000 tanpa persetujuan rakan kongsi. Kini pendakwah bebas yang sama direman sekali lagi kerana dipercayai bersekongkol menyeleweng dana kira-kira RM1.3 juta yang dimasukkan ke akaun peribadinya.
Perintah reman selama tiga hari hingga 8 Februari turut melibatkan seorang wanita selaku Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan institusi pendidikan serta dakwah berkenaan. Hasil siasatan juga mendapati kedua-dua suspek meluluskan pembayaran pembelian rumah bernilai lebih kurang RM500,000.

No comments:
Post a Comment