Peguam kanan persekutuan Nurhafizza Azizan menjelaskan bahawa Bersatu dan presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Yassin perlu didakwa bersekali di dalam kes sitaan akaun Bersatu.
“Sitaan tersebut belum tamat tempoh kerana tuduhan telah mengatasi perintah tersebut. Selagi penghakiman belum diumumkan, perkara ini tidak boleh dilupuskan di sini,” kata beliau semalam.
Beliau menambah bahawa Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas Mahkamah Tinggi bukan siding mahkamah yang sesuai untuk mendengar hujahan dan isu tersebut sepatutnya dihujahkan ke mahkamah jenayah.
Beliau berkata demikian semasa membalas hujahan peguam Bersatu Chetan Jethwani berkenaan dua akaun bank yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak boleh diakses meskipun sudah melepasi tempoh siasatan 12 bulan yang ditetapkan di bawah undang-undang pengubahan wang haram.
Ia tamat pada Januari 2024.
SPRM membekukan dua akaun bank Bersatu pada Januari 2023 sebelum menyitanya pada April 2023 selepas Mahiaddin didakwa.
No comments:
Post a Comment