Kerajaan pusat telah memutuskan untuk tidak membuat sebarang rayuan terhadap penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung 40 peratus hasil di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Kerajaan pusat juga kan memulakan proses rundingan Bersama dengan kerajaan Sabah pada kadar segera.
“Jabatan Peguam Negara memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan menghormati prinsip Pemberian Khas berdasarkan 40 peratus hasil sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan,” umum Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan bersama.
“Oleh itu, Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk tidak akan membuat rayuan terhadap Pemberian Khas berdasarkan 40 peratus hasil. Sehubungan itu, Kerajaan Persekutuan akan memulakan proses rundingan bersama Kerajaan Negeri Sabah dengan kadar segera.”
Dalam pada Peguam Negara telah menyatakan kecacatan di dalam alasan penghakiman tersebut.
“Antaranya dakwaan bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah telah menyalahgunakan kuasa dan melanggar kewajipan perlembagaan. Dakwaanini bakal membabitkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah sejak tahun 1974.
“Alasan penghakiman juga menyatakan bahawa kajian semula selepas tahun 2021 adalah menyalahi undang-undang, tidak rasional, terdapat ketidakaturan dari segi prosedur dan tidak berkadaran.
Oleh itu rayuan akan dibuat terhadap kecacatan dalam alasan penghakiman.
No comments:
Post a Comment