Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyatakan bahawa siasatan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) masih berterusan berhubung kandungan video melibatkan kenyataan Tan Sri Mahiaddin Yassin (PN-Pagoh).
“SKMM telah menerima satu laporan daripada orang awam berkaitan kandungan yang melibatkan Ahli Parlimen Pagoh berhubung isu subsidi petrol kepada warga asing.
“Buat masa ini, siasatan tersebut masih dijalankan selaras dengan peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan belum dimuktamadkan.”
Fahmi berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang meminta status siasatan SKMM berkaitan tuduhan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Mahiaddin berhubung isu subsidi petrol kepada warga asing.
No comments:
Post a Comment