Beberapa bulan lepas, saya pernah bagitau kawan-kawan dalam Pas, jangan kutuk sangat UMNO ni, takut nanti kita berkawan balik. Pemimpin-pemimpin hangpa dok tengah berunding tu.
Depa tuduh saya menipu, cuba fitnah pemimpin suci mereka. Semalam Dr. Asyraf Wajdi dedahkan cerita yang sama secara terbuka. Penyokong Pas kena desak pemimpin mereka untuk SAMAN Asyraf kerana memfitnah Pas.
Sekarang anda faham dinamik politik Malaysia, kenapa Pas berkeras mahu bertanding guna logo mereka sendiri.
Saya amat yakin Muafakat Nasional akan bertaut semula. Muafakat Nasional adalah kekuatan sebenar orang Melayu.
Dari dulu saya mahu MN kekal, dan bertaut kembali.
Tapi, mestilah tanpa Bersatu.
Kenapa?
Sebab saya orang Larut. Perit luka lama masih bernanah.

No comments:
Post a Comment