Mohd Puad Zarkashi. MKT
Marah sungguh Menteri Besar Kedah Dato Sanusi terhadap saya. Saya kata “mustahil kutipan dana tin milo PAS mencukupi untuk tampung kos pilihanraya yang dia sendiri dakwa 1 parlimen RM1 Juta”.
Sanusi tidak boleh terima bahawa Bersatu sponsor duit pilihanraya PAS berjuta ringgit. Sanusi kata “saya nak dipilih jadi calon dalam BN pun kena berabih duit”. Nak beritahu Sanusi, macam mana saya berhabis duit untuk jadi calon, sedangkan dua kali saya tidak dicalonkan.
Sanusi tidak perlu pusing isu. Dia ingat apa yang dia buat, orang lain akan buat. Sebagai contoh kalau dia ada dua isteri, tidak semestinya semua orang beristeri dua.
Justeru saya cabar Bersatu supaya mendedahkan jumlah sebenar yang Bersatu bagi pada PAS. Buktikan cerita “tin milo” Sanusi bohong.

No comments:
Post a Comment