LEBAI KIOK NI. ROTAN NI PATUT 19 KALI.

 Mukhlis Eddie


Ingat adik kakok, rogol bukan lahir kerana kurang isteri, tapi kerana nafsu yang busuk. Lebai yang menjaja alasan agama untuk menutup kerakusan diri lebih berbisa daripada tedung. Tedung kau boleh bunuh sekali, tapi lebai begini, dia racuni hidup dan maruah orang seumur hidup.




Nur Cahaya

Bila lebai berkata; 

Biarlah lelaki berkahwin, 2,3 atau 4 demi menghindari mereka daripada berzina atau merogol. 


Jangan kaupercaya. Jangan. Jangan!


Kaki zina/rogol tetap berzina/merogol jika ada ruang dan peluang. Mereka serupa penagih narkoba. 

Jangan buta menilai pada kopiahnya yang bercapal, tasbih digital di jari, tubuh bergamis putih, bibir bermanisan tasbih dan selawat. 


Jika lebai merenung kau seperti purnama menyuar bumi, itu bukan simpati mahupun baik hati, itu adalah kepala tedung sedang mengambang. 


Kerana itulah mokcik berpesan kepada kau yang pintar, jika serentak menemu lebai dan tedung selar, kauketuk lebai sampai lunyai dulu. Hidup kau kan bahagia dunia akhirat dik. 


(Lebai di bawah sudah mempunyai tiga isteri)



No comments: