De De
Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam sudah berakhir semalam dengan resolusi 20 perkara. Namun sayang, kebanyakan masih sekadar retorik kecam Israel, tapi tiada tindakan nyata.
Hanya Turkiye & Malaysia yang lantang berani bersuara. Erdogan gesa sekatan ekonomi & kerjasama pertahanan. PMX Anwar Ibrahim pula tegas: “Kenyataan sahaja tidak akan hentikan roket & peluru berpandu. Dunia mesti bertindak dengan langkah nyata & berani, termasuk putus hubungan diplomatik dan perdagangan dengan rejim Zionis Israel.”
Tahniah PMX kerana kekal konsisten membawa suara Malaysia di pentas dunia! 💪🇲🇾
Dunia Arab & Islam mesti bangkit berani, jika tidak mahu kedaulatan mereka diratah Zionis Israel & kuasa besar. Perjuangan rakyat Palestin yang tidak pernah menyerah harus jadi inspirasi kita semua.
P/s: pelik betul aku dengan negara2 Arab nih... 😏


No comments:
Post a Comment