DEDAHKAN NOMBOR PENDAFTARAN KERETA YANG CUKAI JALAN TERTUNGGAK

MSO





Menteri Pengangkutan Anthony Loke mendedahkan sebanyak RM35.7 juta tunggakan cukai jalan kenderaan mewah yang masih belum dijelaskan.


Katanya kebanyakan kereta mewah itu milik individu berprofail tinggi, VVIP, ahli korporat dan ahli politik. “Basa menate golongan kaya ni, kita sesak nak mampus tidak pernah tak bayar cukai jalan kenderaan, dia sedap sedap naik kereta tak ada road tax.”


Kereta mewah berkenaan ialah Rolls Royce, Lamborghini, Benteley, Ferri dan Porsche. Kereta mahal boleh beli, nak banyar road rax kedekut, basa beragah. JPJ jangan malu malu dan takut nak saman kereta mewah ini jangan berani saman kereta cabut sahaja.


Diharap pihak JPJ tidak bertimbang rasa dan biarkan begitu saja atau mereka dilindungi atas apa apa alasan. Kalau rakyat marhaen yang cari pitis samah serial ditekan dan ditindas, tetapi golongan maha kaya dibiarkan bermaharajalela, ia suatu yang tidak adil dan zalim.


Sebaik baiknya pihak Kementerian Pengangkutan tidak sahaja sedia mendedahkan butiran itu, sebaliknya senaraikan nama pemilik kenderaan berkenaan atau senarai nombor pendaftaran siarkan dalam media massa untuk sama sama kita kenal siapa yang liat membayar cukai jalan itu. 


Cara mereka itu juga boleh disifatkan sebagai pengkhianat kepada kerajaan dan negara. Trims.



No comments: