REAYUAH.. KIOK... KO TU TAK PAHAM.

 

Che Ibrahim. 


1. Miskin adalah fitrah atau sebahagian dari sunnah alam, tetapi miskin tegar adalah satu musibah dan ujian kepada masyarakat. Maknanya YB kena reti beza antara miskin dengan miskin tegar.





2. Golongan miskin tegar ialah mereka yang pendapatannya tidak cukup untuk menampung keperluan asas mereka (keperluan dharuri), adapun golongan miskin ialah mereka yang hanya tidak dapat memenuhi keperluan hidup (hajiyyat), tetapi tidak la sampai ke tahap tidak dapat memenuhi keperluan asas (dharuri), tidak cukup makanan untuk hidup.


3. Menghapuskan kemiskinan bukan setakat mustahil, tetapi boleh menyebabkan keseimbangan masyarakat menjadi terencat apabila tidak ada lagi golongan miskin yang sanggup bekerja untuk si kaya. Orang kaya yang duit bertimbun pun akan susah untuk hidup bila tidak ada orang miskin yang sedia menerima upah, itulah dipanggil Sunnah Allah.


4. Tetapi menghapuskan kemiskinan tegar adalah satu tanggungjawab, negara tidak boleh membiarkan rakyatnya merana kerana tidak cukup keperluan asas. Golongan inilah yang wajib dibantu agar tidak ada lagi dalam masyarakat mereka yang masih tidak cukup keperluan asas untuk hidup sedangkan si kaya seronok bermewah mewah hingga tak makan ikan cap ayam.



No comments: