WIRA YANG TIDAK DIDENDANG






Beliau bukan Menteri, pun bukan YB, pun bukan ahli politik.


Beliau adalah Puan Mastura Ahmad Mustafa, Ketua Perunding Malaysia untuk rundingan tarif rasmi dengan Amerika Syarikat (AS).


Sejak kebelakangan ini, pelbagai ahli politik telah mendominasi tajuk berita. Akan tetapi, tidak banyak perhatian diberi kepada pasukan di sebalik tabir yang benar-benar terlibat secara langsung dan berkhidmat secara senyap demi negara dan tanah air tercinta.


Di bawah pimpinan dan kerja keras Puan Mastura dan pasukan penjawat awam yang tidak ternama, Malaysia telah berjaya mencatatkan penurunan tarif dari kadar 25% ke 19%.


Meskipun pelbagai khabar angin dan spekulasi dibuat sebelum pengumuman rasmi, sehingga ada pihak membuat tohmahan bahawa banyak kepentingan negara telah tergadai, akhirnya Puan Mastura dan pasukan telah berjaya mempertahankan kedaulatan dan kepentingan Malaysia.


✅ Tiada kompromi dalam standard halal JAKIM

✅ Tiada eksklutiviti dalam pembekalan REE

✅ Tiada pemansuhan cukai eksais

✅ Tiada pengecualian lesen import 

✅ Tiada pemilikan ekuiti penuh dalam sektor sensitif


Jap…… Macam tak logik je? Semua benda tak digadai, habistu apa benda Malaysia kene buat supaya AS menurunkan tarif?


Malaysia menyatakan komitmen membeli 30 biji pesawat Boeing dalam masa 5 tahun, dengan implikasi kewangan terhadap Malaysia Aviation Group (MAG) sekitar $9.5 bil (RM40 bil).


Akan tetapi, keperluan membeli 30 buah Boeing ini adalah angka yang jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan negara-negara lain.


Sebagai contoh, Jepun.


Jepun rapat dengan AS, rapat sehingga ke tahap membenar AS membina lebih 10 pengkalan tentera di Jepun. Tapi Jepun kene buat sedemikian demi menurunkan kadar tarif dari 25% ke 15%:


• Membeli 100 buah Boeing

• Meningkatkan pembelian aset-aset pertahanan sebanyak $3 bil (sekitar RM13 bil) setiap tahun

• Melabur $550 bil (sekitar RM2.33 trilion) dalam ekonomi AS dan memberi 90% keuntungan pelaburan itu kepada AS


Malaysia tidak perlu membuat perkara-perkara di atas. Malah pembelian 30 buah pesawat Boeing oleh MAG juga bukanlah suatu pembaziran dan ianya menepati keperluan MAG.


Sejak ditubuhkan pada tahun 2015, MAG tidak pernah mencatat keuntungan. Zaman Najib, zaman Tun M, zaman Muhyiddin, zaman Ismail Sabri, MAG telah mencatat kerugian setiap tahun.


Pada tahun 2023, selepas Kerajaan Persekutuan dibentuk oleh Kerajaan Perpaduan, MAG akhirnya mencatat keuntungan, dan bilangan penumpang MAG telah meningkat dari tahun ke tahun.


Maka pembelian 30 buah Boeing oleh MAG boleh dianggap sebagai suatu pelaburan, seiring dengan rancangan dan keperluan MAG.


Terima kasih Puan Mastura dan pasukan penjawat awam yang bekerja di sebalik tabir.



No comments: