PM ANWAR BERSAMA ERDOGAN BERBINCANG TENTANG GAZ

 


Saya telah menghubungi sahabat saya, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan, petang tadi untuk bertukar pandangan serta membincangkan beberapa perkembangan semasa yang berkepentingan bersama antara kedua-dua negara.





Dalam kesempatan tersebut, saya turut menyampaikan penghargaan atas pendirian konsisten dan tegas Presiden Erdoğan dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin serta menyeru kepada gencatan senjata segera di Gaza. 


Malaysia menyokong penuh usaha murni Turkiye dalam membawa suara umat yang tertindas ke peringkat antarabangsa serta memperjuangkan penyelesaian yang adil dan berkekalan untuk rakyat Palestin.


Malaysia dan Turkiye berkongsi aspirasi yang sama dalam memperjuangkan keamanan sejagat dan memperkukuh solidariti umat sejagat melalui tindakan diplomasi, bantuan kemanusiaan serta usaha penyelesaian konflik secara aman.


#MalaysiaMADANI

#RancakkanMADANI

#MADANIbekerja



No comments: