MASUK SPRM ZAMAN SIAPA?

 


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil maklum terhadap Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2025 yang telah dibentangkan di Parlimen baru-baru ini khususnya berkaitan dengan isu-isu yang melibatkan kelemahan tatakelola dan potensi salah laku dalam agensi serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC).






SPRM sentiasa menyokong pendedahan Ketua Audit Negara serta akan menjalankan penelitian secara menyeluruh terhadap laporan berkenaan termasuk mengambil tindakan susulan terhadap sebarang isu yang disyaki mempunyai unsur kesalahan jenayah di bawah Akta SPRM 2009 (Akta 694) dan bukan hanya terhad kepada isu tatakelola semata-mata.


Sehubungan itu, SPRM akan berhubung dan bekerjasama rapat dengan Jabatan Audit Negara (JAN) bagi mendapatkan maklumat serta dokumen sokongan yang berkaitan untuk tujuan siasatan serta tindakan lanjut dengan kadar segera, katanya dalam kenyataan.


#SPRM #Tatakelola


Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com




No comments: