KENA KESEMUA UMAT ISLAM ANGKARA PUAK KHAWARIJ



FAWWAZ Fadzil






 Imam al-Bukhari pernah meriwayatkan secara ta‘liq dalam Sahih al-Bukhari, satu kata-kata daripada Ibn Umar RA:


“إنهم انطلقوا إلى آيات نزلت في الكفار فجعلوها على المؤمنين”


Terjemahan:

“Sesungguhnya mereka (golongan Khawarij) telah pergi kepada ayat-ayat yang diturunkan kepada orang-orang kafir, lalu mereka aplikasikan (ayat-ayat itu) ke atas orang-orang beriman.”


Ibn Umar RA juga menyifatkan golongan Khawarij sebagai “sejahat-jahat makhluk ciptaan Allah”, kerana kesesatan mereka dalam memahami nas-nas al-Quran dan keberanian mereka menumpahkan darah sesama Muslim atas nama agama sewaktu itu. 


Malangnya, golongan seumpama itu masih wujud pada hari ini. Mereka berselindung di sebalik nama ilmu dan agama, namun memperalatkan ayat-ayat Allah menurut hawa nafsu dan kepentingan politik mereka. 


Mereka menafsirkan ayat suci sesuka hati, lalu menghukum sesiapa sahaja yang mereka kehendaki, bukan kerana kebenaran tetapi demi mencetuskan fitnah dan perpecahan. 


Lebih dahsyat lagi, apabila sasaran mereka adalah saudara-saudara seagama yang berada di sekeliling mereka sendiri!




No comments: