NAK JAGA PARLIMEN SENDIRI DARI DADAH PUN TAK MAMPU, NAK KUTUK PEMIMPIN SEPERTI ANWAR ...PENTINGNYA PENDIDIKAN KALAU NAK JADI AHLI PARLIMEN.


 

Fadhli Shaari dikecam teruk, ada yang tuntut letak jawatan MP Pasir Mas

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari dikecam teruk gara-gara memuat naik hantaran dan gambar satira menampilkan figura hakim di hadapan biri-biri dan kambing yang berebutkan pisang.

Ketika mesyuarat khas dipengerusikan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menyaksikan Thailand dan Kemboja bersetuju untuk gencatan senjata serta-merta serta tanpa syarat, kecaman terhadap Ahmad Fadhli membanjiri media sosial.

Reaksi tidak puas hati orang ramai itu termasuk tuntutan supaya Ahmad Fadhli meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas.


Aktivis Keadilan Rakyat, Fairul al Qasas berkata, tindakan Ketua Penerangan Pas Pusat berkenaan sangat biadab, kebudak-budakan dan langsung tiada empati terhadap apa yang bakal berlaku jika perang Thailand-Kemboja itu berterusan.


“Saya mengecam politik sempit dan kolot Pas ini.


“Walaupun satu-satu perjanjian damai itu tidak semestinya berjaya, sebagai seorang manusia yang berakal sepatutnya Fadhli Shaari menyokong segala usaha kearah perjanjian damai,” tegas beliau menerusi kenyataan.


Selain, karikatur satira tiga haiwan itu, Fadhli turut memuat naik tangkap layer laporan berita Bangkok Post pada 25 Julai lalu bertajuk, “Thailand rejects mediation in Cambodia conflict, open to bilateral talk”.


Mengulas lanjut, Fairul menegaskan tindakan Fadhli meletakkan Malaysia khususnya Perdana Menteri sebagai monyet manakala Thailand dan Kemboja sebagai kambing dan biri-biri juga satu kebiadaban yang boleh mengundang masalah hubungan diplomatik negara ASEAN.

 

“Tidak sukar untuk menentukan niat Fadhli Shaari dalam status ini yang merujuk tawaran perbincangan damai oleh Malaysia sebagai monyet.


“Fadhli Shaari juga merujuk Thailand dan Kemboja sebagai kambing dan biri-biri.


“Fadhli Shaari gagal menyerlahkan beliau sebagai mewakili Parti Islam yang menyeru kepada kedamaian dan wakil Kelantan yang tinggi akal budinya.


“Saya dengan ini menyeru supaya Fadhli Shaari meletak jawatan segera sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas dan Ketua Penerangan Pas atas tindakan yang memalukan ini,” tegas Fairul lagi.








No comments: