PENGKHIANAT PKR DAN BON 10JUTA ZURAIDAH KES RASUAH MELIBATKAN ISMAIL RM1...



Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal dilucutkan hak. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berkata pihaknya akan memohon melucutkan kesemua aset itu dalam masa terdekat. Azam turut mengesahkan, kes membabitkan Ahli Parlimen Bera itu juga sudah selesai dan kini bergantung kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk membuat pertuduhan berkaitan jenayah membabitkan Ismail Sabri. "Setakat ini, TPR bersetuju untuk difailkan proses pelucutan aset yang dirampas itu dalam tempoh seminggu atau dua lagi selepas kita kemukakan afidavit untuk melucutkan hak. Sumber Berita/Video 1. YT Bro ISwardy





No comments: