INILAH PENTINGNYA BILA RAKYAT BUAT BISING…
Kerajaan akan memberikan pengecualian cukai jualan
dan perkhidmatan (SST) terhadap buah-buahan import tertentu termasuk epal dan
oren susulan maklum balas orang ramai berhubung harga buah tempatan dan import,
kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, walaupun
kerajaan mahu menggalakkan rakyat mengutamakan buah-buahan tempatan seperti
jambu, rambutan dan durian, langkah pengecualian cukai ke atas dua buah import
utama itu dibuat bagi memastikan golongan berpendapatan rendah masih mampu
mendapat pilihan makanan sihat.
“Semalam dalam mesyuarat Jemaah Menteri, kita dengar keluhan
rakyat, ada yang masih nak makan epal dan oren sebab lebih murah.
“Jadi, walaupun ada sedikit cukai untuk import buah-buahan lain,
kita beri pengecualian untuk epal dan oren,” katanya dalam ucapan pada Majlis
Peluncuran Projek Pembangunan Kota MADANI, di sini, hari ini.
Perdana Menteri berkata, keutamaan tetap diberikan kepada
buah-buahan tempatan yang kaya dengan khasiat dan mudah diperoleh mengikut
musim.
“Avokado pun sekarang dah ditanam di Sabah. Kita ada banyak buah..
langsat, duku, rambutan, durian. Tapi saya tengok, golongan B40 masih
makan epal dan oren import, jadi kita timbangkan semula,” katanya.
Anwar turut memaklumkan bahawa kerajaan bersetuju menaikkan had
nilai ambang bagi perusahaan kecil dan penjaja mikro daripada RM500,000 kepada
RM1 juta.
“Kita naikkan kerana setengah juta terlalu rendah. Langkah ini
supaya rakyat terus sokong usaha reformasi kerajaan,” katanya.
Beliau berkata, perincian mengenai perkara itu akan diumumkan
kemudian.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi, memaklumkan kerajaan akan meneliti semula peluasan SST beberapa
komoditi import tertentu termasuk buah-buahan seperti epal dan oren.
Menurutnya,
memandangkan buah-buahan itu diimport sepenuhnya dari luar, cadangan untuk
mengenakan SST antara lima hingga 10 peratus perlu diteliti semula.
Pada 9
Jun lepas, kerajaan mengumumkan semakan bersasar kadar Cukai Jualan dan
peluasan skop Cukai Perkhidmatan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai, 2025.
Sumber
– https://malaysiagazette.com/2025/06/26/peluasan-sst-import-epal-oren-dikecuali-cukai-pm-anwar/
0
Article Rating
No comments:
Post a Comment