HarapandailyApril 27, 2025
Setelah diumumkan sebagai wakil rakyat baharu di DUN Ayer Kuning, Dr
Mohamad Yusri Bakir tidak menunggu lama untuk terus menjalan tugas meninjau
masalah rakyat di bawah.
Ketika ditemui pemberita hari ini, Mohamad Yusri melawat sevuah projek
baik pulih rumah milik seorang warga emas yang merupakan usaha bekas ADUN
terdahulu, Allahyarham Ishsam Sharuddin.
“Kehadiran saya hari ini untuk meninjau perkembangannya. Insya-ALLAH
kerja-kerja baik pulih akan dimulakan minggu depan,” katanya ketika ditemui.
Beliau memberi komitmen untuk terus mendahulukan masalah rakyat
sepertimana manifesto tiga tekad, tujuh tawaran yang dibentangkan semasa kempen
Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning.
“Bantuan baik pulih ini juga salah satu daripada aspirasi tawaran
tersebut dan sebenarnya ia sudah pun kita laksanakan ketika tempoh Allahyarham
menjadi wakil rakyat.
“Saya akan meneruskan usaha-usaha tersebut memastikan bantuan dan
keselesaan penduduk dapat kita ikhtiarkan,” katanya.

No comments:
Post a Comment