Adrian Lim Chee An.
BN berjaya kekalkan DUN Ayer Kuning.
Yang boleh disimpulkan dari keputusan tidak rasmi setakat ini adalah:
1. Sokongan PH-BN Menyusut
- Pada PRU2022, BN+PH gabungan memperoleh 68.0% undi (15,963 undi).
- Pada PRK 2025, jatuh kepada 60.71% (11,083 undi).
- PH-BN kehilangan 4,880 undi dan penyusutan sokongan sebanyak -7.31%.
- Ini menunjukkan ramai penyokong BN+PH tidak keluar mengundi atau sudah berpaling arah.
2. PN Sedikit Meningkat
- PN+GTA pada PRU2022 hanya 29.5% (6,917 undi).
- Naik kepada 33.23% (6,067 undi) pada PRK2025.
- Walaupun PN juga hilang sedikit undi (-850 undi), dari segi peratusan mereka bertambah 3.76% kerana turnout keseluruhan jatuh.
- Ini bermakna penyokong PN lebih setia keluar mengundi walaupun suasana PRK hambar.
3. PSM Mengejutkan
- Pada PRU2022, PSM hanya 2.5% (586 undi).
- Pada PRK2025, PSM melonjak ke 6.05% (1,105 undi) — hampir dua kali ganda undi berbanding 2022.
- Ada trend protes berlaku di kalangan pengundi PH-BN.
4. Turnout Menjunam
- PRU2022 turnout: 74.85%
- PRK2025 turnout: 58.00%
- Penurunan turnout sebanyak hampir 17%.
- Ini faktor besar kenapa jumlah undi keseluruhan merosot hampir 5,200 undi.
5. Majoriti PH-BN Menyusut
- Majoriti PH-BN pada PRU2022: 9,046 undi.
- Majoriti PH-BN pada PRK2025: 5,016 undi.
- Penyusutan majoriti sebanyak 4,030 undi.
- Walaupun PH-BN masih menang, kekuatan sokongan mereka melemah.
Apa pun, PN masih jauh ketinggalan di kerusi ini dan perlu tukar strategi serta bawa isu PRK yang lebih berkesan dan bermakna.

No comments:
Post a Comment