Remaja Parah Tertembak Senapang Bapa Sendiri

 

Keadaan remaja 14 tahun yang dilapor kritikal setelah tertembak diri sendiri di rumahnya. Foto MustShareNews

BANGKOK, 24 Apr – Seorang remaja lelaki kritikal selepas menembak dirinya sendiri secara tidak sengaja ketika menunjukkan senapang patah milik bapanya kepada seorang rakan, lapor laman berita Must Share News semalam.

Dalam kejadian kelmarin di Na Mon, wilayah Kalasin, remaja berumur 14 tahun itu cuba menarik perhatian rakannya apabila dia mengendalikan senapang patah laras panjang milik bapanya.

Semasa berada di tingkat dua rumahnya dan tanpa kehadiran orang dewasa, senjata api yang dipegang melepaskan tembakan, menyebabkan lima peluru penabur mengenai dada kanan mangsa.

Polis menyiasat lokasi kejadian tembakan di rumah mangsa. Foto Facebook

Pegawai dari Balai Polis Namon mendapati rakan mangsa yang juga berusia 14 tahun, berada di tempat kejadian dalam keadaan terkejut.

Rakannya memberitahu bahawa mangsa mengambil senjata api tanpa itu tanpa mengetahui ia mempunyai peluru hidup.

Punca sebenar kejadian belum diketahui, manakala polis dan pihak berkuasa lain ditugaskan untuk melakukan siasatan. – AGENSI



No comments: