AKHIRNYA SHAHIDAN KASSIM BUKA MULUT! ISU KG SUNGAI BARU! ANNUAR MUSA BIL...



Shahidan Kassim (PN-Arau) menyalahkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Perdana Menteri dalam isu Kampung Sungai Baru. Alasannya, urusan pengambilan atau penjualan mana-mana tanah dalam Wilayah Persekutuan dikendalikan oleh Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan iaitu sebuah badan yang dipengerusikan oleh KSN. “Pengambilan atau penjualan tanah dibuat terus (oleh jawatankuasa itu) dan duitnya pergi ke kerajaan persekutuan. Semuanya dipengerusikan oleh KSN. “Menteri Wilayah hanya terlibat dengan pembangunan setelah tanah itu dimiliki pihak swasta dan (apabila) pembangunan nak dimulakan,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur. Shahidan berkata demikian ketika mengulas kontroversi pengambilan tanah Kampung Sungai Baru. Isu ini kembali panas setelah Ahli Parlimen Kubang Kerian Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berpandangan bahawa adalah wajar pihak yang terlibat dalam pemgambilan tanah ini sewaktu pentadbiran Perikatan Nasional tampil untuk memberi penjelasan.





No comments: